Lelaki Ini Hanya Bersekolah Sampai Darjah 6 Tapi Jadi Umur 18 Tahun Sudah Jutawan
Lelaki Ini Hanya Bersekolah Sampai Darjah 6 Tapi Jadi Umur 18 Tahun Sudah Jutawan | Tiada sesiapa yang menyangka lelaki berusia 33 tahun ini yang memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu hanya bersek0lah sehingga darjah enam.
Itulah yang dibuktikan seorang lelaki iaitu Saipol Azmir Zainuddin hasil daripada kerja keras dan ketekunannya memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.
Meskipun dia berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil.
Dengan gaji pertama sebanyak RM750 sebulan, dia membeli seek0r anak lembu berharga RM450 untuk diternak dan dibiakkan.
Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ek0r lembu.
“Duit yang saya dapat hasil daripada jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri,” katanya
Penerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 itu yang sudah berumah tangga dan memiliki lima cahaya mata b0leh berbangga dengan kejayaannya apabila kini mempunyai 700 ek0r lembu, 150 ek0r kambing dan 30 ek0r kerbau.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu dianggap sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang hari raya Aidiladha.
Ketika berusia 19 tahun, dia mula menjual lembu secara serius dan sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum mendirikan rumah tangga setahun kemudian.
“Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM 100000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan.
“LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui laman sosial seperti WhatsApps dan Facebook,” katanya.
Selepas beberapa tahun mengumpul wang hasil jualan lembu, dia membeli tanah seluas lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.
“Kebanyakan lembu di sini baka tempatan dan bukannya diimport dari mana-mana negara. Sambutan amat menggalakkan terutama apabila tiba musim hari raya Aidiladha.
“Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah.
“Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar ke destinasi mereka kelak,” tambahnya.
The post Lelaki Ini Hanya Bersekolah Sampai Darjah 6 Tapi Jadi Umur 18 Tahun Sudah Jutawan appeared first on Media Sensasi.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment