Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Wajah Dengan Berkesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Wajah Dengan Berkesan

Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Wajah Dengan Berkesan | Kehadiran bintik hitam terutama sekali pada bahagian hidung dan dagu sering mencacatkan penampilan anda. Ia bukan boleh dihilangkan dengan hanya mencuci muka semata-mata.

Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Wajah Dengan Berkesan

Selain daripada penggunaan berbagai-bagai produk kecantikan yang dijual di pasaran yang dapat menghilangkan bintik hitam, terdapat beberapa petua tradisional yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tak kurang hebatnya dari segi keberkesanannya.

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah beberapa Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Wajah Dengan Berkesan yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.

Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Wajah Dengan Berkesan

1. Putih Telur Dan Madu

Gunakan telur ayam yang diasingkan putih daripada kuningnya. Ambil putih telur itu dan campurkan sesudu madu. Sapu ke wajah anda dengan sekata dan lekapkan dengan sehelai tisu. Biarkan ianya kering, selepas itu barulah tarik tisu tersebut perlahan-lahan.

2. Kentang

Kupas kulit sebiji kentang dan kemudian parut. Sapu parutan kentang ke wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas kulit wajah anda.

3. Yogurt

Campurkan yogurt dengan sedikit perahan buah lemon. Sapu ke kulit wajah anda dengan sekata. Amalkan sekali pada setiap hari.

4. Minyak Zaitun

Campurkan sedikit minyak zaitun dengan beberapa titis jus lemon. Sapu ke kulit wajah anda dengan sekata. Amalkan sekali pada setiap hari.

5. Gula Dan Jus Lemon

Campurkan sesudu gula halus dengan beberapa titis perahan jus lemon. Gosokkan campuran tersebut dengan lembut ke keseluruhan muka.

6. Wap Muka

Ambil satu bekas yang agak besar saiznya dan isi dengan air panas. Dekatkan muka dan biarkan wap panas terkena kulit wajah anda. Namun, anda perlu berhati-hati supaya muka tidak terkena air panas.

The post Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Wajah Dengan Berkesan appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.