Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Rumah di Bintulu Paling Mahal di Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Rumah di Bintulu Paling Mahal di Sarawak


KUCHING: Bintulu merupakan bandar yang mencatatkan nilai harga rumah tertinggi di Sarawak buat masa kini berbanding tiga bandar raya atau bandar lain.


Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, harga rumah yang tinggi itu berpunca daripada permintaan yang melebihi bekalan di Bintulu ekoran pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) khasnya di Taman Perindustrian Samalaju.

“Kini Bintulu mencatatkan harga rumah yang tinggi mendadak khasnya di Kidurong iaitu lebih RM400,000 untuk rumah teres dan lebih RM700,000 bagi rumah berkembar.

“Selain itu, berdasarkan sewaan bilik pula, ia pada kadar RM300 hingga RM500 bagi satu bilik, justeru kementerian akan meneliti perkara ini bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Penubuhan Syarikat Usaha sama antara Daya Builders Sdn Bhd (DBSB) dan Dunheved Industries Sdn Bhd bagi Pembuatan dan Pengeluaran Batu Bata Interlocking di sini, semalam.

Bagaimanapun, kata Abang Johari, perkara itu hanya berlaku sementara sahaja kerana ia masih dalam fasa pembinaan dan ia kembali pada kadar biasa dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan meneliti perkara itu dengan meng- gunakan kaedah baharu termasuk penggunaan bahan batu bata ‘interlocking’ (saling mengunci) yang mampu mengurangkan kadar kos pembinaan rumah termasuk Rumah Mesra Rakyat (RMR).

“Saya dan rakan-rakan di kementerian akan meneliti perkara ini bagaimana kita boleh membantu mereka di Bintulu dengan menggunakan kaedah baharu ini dengan membangunkan rumah-rumah termasuk RMR di Jepak,” tegasnya.

Menurutnya lagi, menyedari kenaikan harga rumah yang akan mendadak di Bintulu, kerajaan telah mempunyai perancangan awal termasuk melaksanakan satu projek flat sewa bagi mengelakkan kewujudan setinggan khasnya kepada rakyat yang tidak mampu.

Flat sewa tersebut yang kini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada September 2012 mempunyai kira-kira 1,000 unit.

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.