Hi! Welcome Back and Stay Tune! 15 Tahun Lalu Lelaki Ini Pernah Bantu Pasangan Kembar. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Dia TERKEJUT Dan BANGGA !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

15 Tahun Lalu Lelaki Ini Pernah Bantu Pasangan Kembar. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Dia TERKEJUT Dan BANGGA !!!

15 Tahun Lalu Lelaki Ini Pernah Bantu Pasangan Kembar. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Dia TERKEJUT Dan BANGGA !!!| Sedang saya mencuci muka di sinki, masuk seorang remaja, buka kepala paip dan terus minum.

Saya tergamam. Bukan apa, kalau air paip tahun 70’an saya berani minum terus dari paip. Tapi, selepas tahun 2000, jangan buat hal!

IMG-20120124-00354

Setelah membasuh muka, saya terus masuk ke dalam tandas. Sebaik selesai urusan, saya keluar untuk membasuh tangan.

Sekali lagi saya tergamam. Remaja itu masih menadah tangan di bawah paip sambil meneguk air.

“Adik, kamu minum air paip tu, kembung perut kamu nanti!”

Remaja itu senyum, tak kata apa-apa, terus beredar dari situ.

Saya duduk semula di meja makan, sementara sahabat saya masih menatap beberapa dukomen penting kerja yang perlu diselesaikan.

Saya menyedut baki air dalam gelas. Tiba-tiba saya tergamam.

Di hadapan meja saya, duduk remaja yang saya temui dalam bilik air tadi.

Kali ini baru saya sedar, rupa-rupanya remaja itu kembar. Mereka senyum memandang saya.

Saya perhatikan ada sebiji pinggan sahaja di atas meja mereka. Saya bangun dan mendekati mereka. Salam diberi dan disambut mesra.

Rupa-rupanya mereka baru pulang dari aktiviti sukan di sekolah. Dalam perjalanan pulang dengan berjalan kaki, mereka singgah di restoran mamak untuk makan roti canai.

Saya agak tersentak apabila dimaklumkan yang mereka adalah anak yatim piatu. Kedua ibu dan ayah mereka meninggal dunia akibat kemalangan, dan mereka dibela oleh nenek mereka sejak kecil.

Saya tertarik untuk bertanya kerana mendapati hanya ada satu sahaja pinggan di atas meja. Rupa-rupanya mereka berkongsi sekeping roti canai banjir.

“Patutlah mereka minum air paip sahaja. Tak cukup duit.” bisik hati saya yang mula meruntun.

Saya mengajak mereka ke kaunter untuk membuat pembayaran. Mulanya mereka enggan dan malu, tetapi setelah saya memujuk dan mengajak dengan bersungguh, akhirnya mereka akur.

Saya ambil 2 kotak besar air soya dan sekotak besar air susu penuh krim, dan saya serahkan kepada mereka.

Ceria wajah mereka. Hanya ucapan terima kasih berkali -kali diucapkan oleh mereka.

Itu kisah 15 tahun yang lalu.

Hari ini, sewaktu saya keluar dari pintu sebuah pasaraya, tiba-tiba saya mendengar suara menjerit dari jauh.

“Pakcik! Pakcik….! Pakcik!” Disertai hon yang agak kuat.

Seorang pemuda kelihatan melambai-lambai ke arah saya. Saya rasa serba salah. Saya pandang keliling.  Tidak ada lelaki lain di situ kecuali saya.

Pemuda itu turun dari van barang. Pakaiannya begitu kemas. Segak bergaya.

“Pakcik, pakcik tak kenal saya?” tanya pemuda itu lagi.

Saya renung wajahnya, namun gagal untuk ingat kembali dimana saya berjumpa dengannya.

Salam diberi dan saya menjawab salam itu. Pemuda itu terus bersalam dan mencium tangan saya.

“Ini mesti pakcik dah lupa ni!” luah pemuda itu sambil tertawa kecil.

Tidak berlengah lagi, pemuda itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar.

“Astaghfirullah …” baru saya dapat ingat kembali peristiwa 15 tahun yang lalu.

Kami berbual tidak lama kerana masing-masing ada urusan penting perlu diselesaikan.

“Pakcik tunggu sat. Sat saja” dan pemuda itu terus membuka pintu van.

Sejurus itu, pemuda itu menyerahkan 2 kotak besar donut jenama Big Apple.

“Terima lah hadiah dari saya. Jasa pakcik takkan saya lupa.” Sambil sekali lagi dia bersalam dan mencium tangan saya.

Kami terpaksa berpisah. Tidak sampai beberapa langkah, saya teringat sesuatu.

“Adik kembar kamu buat apa?”

“Dia di Britain, jadi Engineer.” jawab pemuda itu sambil tersenyum lebar.

“Kamu dah lama hantar barang ni?”

“Baru 3 tahun sejak keluar U. Alah jaga orang dan jaga cawangan je.” Jawab pemuda itu sambil ketawa mengekek-ngekek.

Abang Long.
Dulu pernah minum air paip.

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

The post 15 Tahun Lalu Lelaki Ini Pernah Bantu Pasangan Kembar. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Dia TERKEJUT Dan BANGGA !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2b2BqLL


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.