Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki  tikam bakal abang ipar direman tujuh hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki  tikam bakal abang ipar direman tujuh hari

KUALA TERENGGANU : Suspek kes bunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) Ahad lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

screen-shot-2016-10-20-at-16-45-54

Perintah tahanan reman itu dilakukan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahad lalu mangsa, Mohd Shukri Husin, 34, maut dipercayai ditikam sebanyak‎ enam kali oleh suspek, yang juga bakal adik iparnya.

Suspek kemudian berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan dibantu rakannya menggunakan kenderan jenis Honda.

Pada hari yang sama, pada 4.30 petang polis menahan rakan subahatnya itu serta bapa saudaranya pada 4.45 petang bagi siasatan lanjut.

Semalam polis berjaya memberkas suspek kira-kira 12.30 tengah hari di kawasan Jalan Jeram, Kampung Petai Bubus, Manir, di sini.

Suspek yang berasal dari Manir itu ditangkap di tepi jalan dalam keadaan lemah dan kelaparan selepas empat hari menyembunyikan diri daripada pihak polis. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.