Nintendo Switch : Soal Jawab Bersama Presiden Tatsumi Kimishima
(Yuji Nakamura dan Takashi Amano – Bloomberg) — Sudah setahun sejak Tastumi Kimishima menjadi presiden Nintendo Co, mengambil-alih tampuk pengurusan daripada Satoru Iwata. Sebagai seorang bekas pegawai bank, kini Kimishima sedang menguruskan dan menyelia salah satu anjakan besar dalam syarikat Nintendo.
Switch, konsol baru daripada syarikat yang berpusat di Kyoto berkenaan akan dijual pada bulan Mac 2017 kelak. Peranti berbentuk tablet berkenaan boleh dihubungkan ke televisyen dan juga turut boleh dibawa keluar. Sejak mengumumkan Switch, kini Kimishima telah mengambil kesempatan untuk menjawab beberapa persoalan mengenainya dan beberapa perkara lain.
Apa yang anda boleh katakan tentang tahun pertama bertugas?
Tiga tahun lepas, bersama-sama dengan presiden lepas, Genyo Takeda (ketua teknologi) dan Shigeru Miyamoto (ketua kreatif) – membuat sebuah perancangan untuk memberikan nafas baru untuk perniagaan, yang mana termasuk peranti pintar, hardware baru dan juga memaksimakan IP kami. Secara ringkasnya, isu yang paling besar adalah bukan mengenai perubahan ini, tetapi bagaimana saya melaksanakan projek-projek ini. Kini, akhirnya detik kritikal tiba. Bermula daripada tempoh fiskal akhir ini ke seterusnya, kami akan memperlihatkan produk dan menawarkannya kepada para pelanggan.
Kenapa Nintendo mengambil keputusan untuk menggabungkan gaming di rumah dan mudah-alih?
Kami tidak hanya mahu pengganti kepada Wii U atau 3ds. Jadi konsep asal kami adalah, “Apakah jenis pengalaman baru yang boleh kita buat?” Dan apa yang kami tunjukkan adalah objek yang berbentuk pegun dan juga boleh dibawa ke luar untuk dimainkan dengan sesiapa sahaja.
Adakah anda akan menghentikan 3DS?
Terima kasih kepada perisian kami, 3DS masih berkembang. Jadi perniagaan tersebut masih mempunyai momentum. Dan berbanding memberikan saingan kepada Switch, kami merasakan 3DS akan terus berkembang dengan sendirinya.
Adakah Switch merupakan sebahagian daripada perancangan hardware yang lebih besar?
Buat masa ini, apa yang kami telah pertontonkan adalah hanya imej konsep bagaimana Switch adalah berbeza dengan Wii U dan sistem sebelum ini. Melangkah kehadapan, semestinya, kami akan memperlihatkan apakah bentuk aksesori yang akan hadir pada bulan Januari dan selepasnya.
Adakah terdapat kebarangkalian kita melihat Switch berkembang dan berevolusi selepas ia dilancarkan pada bulan Mac?
Apa yang kami belum tunjukkan adalah penawarann perisian. Apabila membuat sebuah hardware baru, ia adalah kritikal untuk memastikan bagaimana ia beroperasi dengan perisian kami. Kami masih belum berpeluang mempertontonkannya. Januari ini, kami inginkan orang mencuba dan mengalami penawaran perisian yang ditawarkan tersebut sendiri.
Adakah pengguna fleksibel untuk mengubah bentuknya?
Kami telah memperlihatkan beberapa senario. Ia akan membolehkan semua berkumpul bersama dan memainkan permainan, ataupun membolehkan anda bermain secara sendiri di rumah. Dan bergantung kepada perisian, ia juga akan membolehkan anda membuat lebih daripada itu. Seperti presiden sebelum ini telah katakan, apabila ia hadir untuk pemainan, ia bukan sahaja untuk dimainkan di dalam rumah, tetapi juga untuk keluar dan melakukannya dalam beberapa kaedah berbeza. Ia bukan sahaja dibawah langit bitu, tetapi bersama pengguna lain, sebagai contoh seperti kami perlihatkan dalam video, di beberapa lokasi berbeza. Didalam kapal terbang, di dalam kereta, dipelbagai lokasi yang pengguna sentiasa berkumpul.
Video yang dipertontonkan tidak sama seperti promosi Nintendo yang tipikal. Ia disasarkan untuk pengguna yang mungkin anda jangka untuk Sony atau Apple.
Seperti namanya (Switch – Tukar/Ubah), kami sedang mengubah pelbagai perkara. Tetapi kami tiada keinginan untuk mengubah pelanggan kami. Kami tidak berhasrat untuk menyasarkan sesuatu kumpulan umur. Bergantung kepada perisian yang akan hadir, keluarga dan kanak-kanak boleh memainkannya juga. Tajuk (permainan) yang kami pertontonkan, ia adalah permainan untuk mereka yang boleh mendapatkan pengalaman terus, tetapi untuk keluarga dan kanak-kanak, kami ingin mereka memahaminya dengan mencuba ia.
Jadi, anda katakan video itu dibuat untuk pemain tegar?
Falsafah utama kami adalah untuk meningkatkan angka pemain dari pelbagai umur, dan tiada perubahan untuk itu. Tetapi untuk berkomunikasi idea baru kami, apabila anda berfikir tentang siapa yang akan memahami terlebih dahulu, ia akan menjadi orang-orang yang benar-benar memahami permainan. Untuk memberitahu idea baru dengan pantas, kami memberi tumpuan kepada orang-orang orang yang benar-benar memahami permainan.
Apa yang anda katakan mengenai konsep teras atau teknologi di belakang Switch? Adakah apa yang kita lihat dalam video atau ada lebih?
Saya takut ia akan memasuki kepada spesifikasi hardware, jadi saya ingin anda tunggu sehingga Januari. Apa yang anda lihat adalah teras.
Terdapat seolah-olah banyak kemungkinan untuk ekosistem perkakasan dan perisian anda. Apa anda fikir mengenai kerjasama dengan syarikat lain?
Jika anda tanya saya mengenai kemungkinan, dari segi adakah kami dalam persiapan, buat masa ini adalah tidak, ia tidak berlangsung buat masa ini. Tetapi dari segi kepelbagaian kaedah untuk anda boleh main, anda perlu lihat ia bersama perisian dan aksesori yang kami punyai, yang mana akan dipertontonkan pada bulan Januari. Dari segi penambahan kepada bahagian teras iaitu Switch, ia mungkin sesuai untuk memanggilnya sebagai aksesori. Atau mungkin memanggilnya sebagai add-on hardware (perkakasan tambahan). Ia mungkin lebih tepat untuk memanggilnya sebagai aksesori. Anda boleh simpulkan akan terdapat pelbagai penawarannya.
Apakah pandangan anda mengenai realiti-maya?
Miyamoto telah bercakap tentang perkara ini beberapa kali. Ia bukan kita tidak berminat. Malah, kita mempunyai minat yang tinggi. Realiti-maya menawarkan pengalaman bermain dengan cara yang baru. Tetapi itu bergantung kepada perisian dan bagaimana anda menggunakannya untuk bermain. Terutamanya apabila ia datang kepada permainan. Dan lebih daripadanya, ia juga terpakai kepada perkara-perkara bukan permainan, jadi ia adalah sesuatu yang perlu dinantikan.
Akan Switch akan mempunyai keupayaan realiti-maya? Adakah anda sedang membangunkan VR yang boleh bersambung ke Switch?
Jika anda bertanya sama ada ia mungkin pada masa akan datang, sudah tentu kita tidak boleh mengatakan tidak. Dari segi bagaimana ia boleh digunakan untuk permainan, ia sesuatu yang perlu diambil-kira. Ia bergantung kepada spesifikasi sistem. Saya tidak boleh mengatakan bahawa kita tidak mempunyai minat dalam VR kerana VR menawarkan cara baru bermain, tetapi itu bergantung kepada apa jenis perisian boleh dimainkan. Tetapi apa jenis perisian yang berfungsi, itu hanya sesuatu yang anda tahu apabila anda benar-benar mengalaminya. Dan permainan kami adalah yang biasanya dimainkan untuk tempoh yang lama.
Apakah harapan anda untuk Super Mario Run?
Dari segi jangkaan, kita semua sedia melihat apa yang berlaku apabila kita menawarkan Pokemon Go. Dan jujur, saya agak terkejut dengan sendiri. Tidak ada keraguan bahawa lebih ramai orang menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan. Dan memandangkan masa ini kami menggunakan Mario, ia adalah satu harta intelek sangat penting bagi kami. Dan itulah apa yang pasukan Miyamoto yang sedang usahakan sekarang: memastikan ia merebak keluar sepantas Pokemon Go.
Jadi harapan kita adalah besar. Dan seperti Tim Cook sebut, lebih daripada 20 juta orang telah mendaftar untuk menerima notifikasi apabila permainan boleh dimuat-turun. Dari segi permainan itu sendiri, anda boleh memuat-turun dan bermain bahagian tertentu, dan membayar harga yang tetap dan kemudian memainkan ia berulang-ulang kali sebanyak mana yang anda mahu tanpa perlu membayar apa-apa tambahan. Dan ia akan ketenangan fikiran bahawa kanak-kanak turut boleh memainkannya. Dan kami berharap ini akan membantu ia menjadi lebih popular.
Apakah falsafah Nintendo untuk permainan telefon pintar?
Saya sedia menjelaskan 3 perkara ketika mesyuarat pelabur. Perniagaan utama kami adalah perniagaan perkakasan/perisian. Di samping itu, perniagaan telefon pintar telah membantu menjual banyak pakej yang sedia ada. Dan ia telah benar-benar membuktikan tesis asal kita: dengan melepaskan perisian kami pada telefon pintar, ia memberikan impak positif terhadap perniagaan perkakasan dan perisian kami yang sedia ada. Dan itu adalah kesan sinergi yang kami jangkakan. Dan seperti yang telah terbukti betul, kami mempunyai lebih keyakinan.
Di mana telefon pintar dan Switch dalam ekosistem anda?
Terdapat perancangan masa depan yang telah ditetapkan oleh presiden lepas pada dua tahun lepas: kami mempunyai apa yang kita dipanggil NX-yang kini dikenali Switch – dan sekelilingnya adalah perniagaan kami untuk telefon pintar, taman tema, perniagaan filem. Kami pada permulaan – anda akan melihat pelbagai kesinambungan antara telefon pintar kami, taman tema, perniagaan filem, dan barangan yang menggunakan harta intelek kami.
Apakah harapan anda untuk Switch?
Dari segi berapa unit akan dijual, kita sedang melihat contoh masa lalu di mana pesaing, dan Wii kita sendiri, mempunyai banyak momentum, dan itu bererti tahun pertama ia dijual akan menjadi sangat penting.
Adakah anda terkejut dengan reaksi pasaran untuk video Switch, dengan saham menurun?
Untuk memberitahu kebenaran, saya terkejut. Saya tertanya-tanya tentang reaksi berkenaan. Tetapi saya tidak faham mengapa. Dan tidak ada gunanya dalam saya bercakap mengenai harga saham.
Apakah penilaian anda tentang di mana Nintendo dari segi keuntungan dan jualan?
Pendapatan kami telah jatuh untuk lapan tahun berturut-turut. Apa yang kita sasarkan adalah untuk meningkatkan bilangan orang yang bermain permainan. Kami mahu menyampaikan semua jenis kejutan baru kepada pelanggan kami, dan ia adalah melalui sokongan mereka hasil kami akan meningkat. Itulah hasil akhir. Tetapi jika keputusan itu tidak tercapai, ini bermakna kami tidak berjaya menyampaikannya. Tahun depan adalah dimana kita akan lihat hasilnya.
Iwata-san sering disebut ¥ 100 bilion sebagai tahap keuntungan operasi yang sesuai untuk Nintendo. Adakah itu satu sasaran anda?
Kami mahu kembali kepada angka tersebut. Itulah tahap yang semua orang bercakap, dan itulah yang kita mahu capai. Tetapi seperti yang anda tahu, pertukaran asing mempunyai impak yang besar, jadi bergantung kepadanya, tahap keuntungan operasi kami mungkin berubah sedikit, tetapi ia adalah sesuatu yang kami pantau dengan teliti.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ftNWHv
Post a Comment