“Saya & Neelofa Masih Berhubung, Keluar Bersama” – Fattah Amin
“Saya & Neelofa Masih Berhubung, Keluar Bersama” – Fattah Amin
Drama yang mencetuskan fenomena, Suri Hati Mr Pilot kini selesai ditayangkan. Drama ini benar-benar menaikkan nama Neelofa dan juga Fattah Amin.
Sehinggakan ramai peminat mahu mereka berdua bersama dan bercinta apatah lagi masing-masing masih single.
Dalam satu perkembangan terbaru, Fattah Amin akui masih berhubung dengan Neelofa. Mereka juga sering berhubung melalui panggilan telefon serta di laman sosial.
Ini jelas Fattah: (BHarian)
“Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama. Bulan depan juga kami akan akan terbang ke Brunei untuk menjayakan majlis bertemu peminat drama Suri Hati Mr Pilot. Saya bersyukur kerana walaupun drama ini sudah tamat, sambutan hangat masih berterusan,”
“Terima kasih kerana menyukai lakonan kami. Saya amat menghargainya. Kalau ditanya mengenai perkara lebih daripada itu, saya sendiri sukar untuk mengatakannya. Soal jodoh saya serahkan kepada Allah,”
Tentang jodoh dan percintaan, Fattah tidak mampu memberikan komen lanjut, cukup hanya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa menentukannya. -PENMERAHDOTCOM
The post “Saya & Neelofa Masih Berhubung, Keluar Bersama” – Fattah Amin appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment