Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Menguji Sokongan Pop Keluar Video Pada Tetingkap Kecil Di Web – Terus Menonton Sambil Melayari FB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Menguji Sokongan Pop Keluar Video Pada Tetingkap Kecil Di Web – Terus Menonton Sambil Melayari FB

Tidak lama sebelum ini, Facebook sedia menawarkan sokongan untuk memainkan video pada sebuah tetingkap kecil di peranti mudah-alih. Melaluinya, anda boleh terus menonton sesuatu video sambil kekal menatal dan melayari laman Facebook seperti biasa.

Ini sangat berguna sekiranya anda sedang mengikuti sesuatu siaran langsung di Facebook Live, dan pada masa yang sama ingin melihat komponen atau halaman lain di Facebook.

Facebook Video

Kini, gergasi laman sosial berkenaan turut sedang menguji fungsi lebih kurang sama pada web Facebook. Apabila anda membuka sesuatu video dan tertekan pada bahagian luar ketika video dimainkan, ia secara automatik menjadikan video berkenaan dimainkan dalam tetingkap bersaiz kecil.

Walaubagaimanapun, ia berhenti berfungsi apabila pengguna klik pada sebarang laman Facebook Profile atau Facebook Pages.

Buat masa ini, pihak Facebook dilihat sedang mengujinya dikalangan segelintir pengguna – dan tidak mustahil memperkenalkannya secara meluas kepada semua.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2goTNgm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.