Harap ada VIP sudi beri kerusi pada Dr Mahathir di istiadat agong
Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memohon agar ada orang kenamaan yang diundang ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong memberikan kerusi mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kepada Tun-Tun, Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk yang bakal hadir, alangkah eloknya sekira ada dua kerusi yang dapat dilapangkan dan diberi kepada Tun (Mahathir) dan Tun Siti (Hasmah Ali).
“Saya pasti berjuta rakyat Malaysia akan berterima kasih dan amat menyanjung kemuliaan hati dan budi Tuan,” kata ketua Armada BERSATU Syed Saddiq.
Kata pendebat terbaik Asia itu orang Melayu memang terkenal dengan budi bahasa tinggi, manakala rakyat Malaysia akrab dengan sifat santun serta hormat.
Namun katanya ia bukanlah alasan untuk seorang negarawan seperti Dr Mahathir diperlakukan begitu.
“Memang benar Tun M (Dr Mahathir) sudah melangkah meninggalkan Umno, tapi bukankah beliau juga seorang negarawan?
“Bukankah dulu beliau pernah berkorban masa dan tenaga untuk membangunkan bangsa?
“Bukankah suatu masa dulu, Tun disanjung sebagai perdana menteri yang berjaya menaikkan nama Malaysia?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dikatakan tidak lagi dijemput menghadiri majlis istiadat menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember ini.
Hormat tak hilang
Ia dimaklumkan melalui sepucuk surat – bertarikh 5 Disember – daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dr Mahathir.
Melalui surat itu difahamkan Dr Mahathir diberitahu bahawa jemputan kepadanya untuk istiadat berkenaan dibatalkan.
Surat tersebut didakwa disampaikan kepada pengerusi BERSATU itu bagi mengelakkan sebarang “kesipuan (embarrassment).
Langkah itu tidak disenangi banyak pihak dan ia dikaitkan dengan pembabitkan Dr Mahathir dengan pembangkang selepas beliau meninggalkan Umno pada akhir Februari lalu.
Sejak itu beliau menjadi sasaran kritikan Umno.
Kata Syed Saddiq, tindakan yang dikenakan ke atas Dr Mahathir seolah-olah menunjukkan tiada lagi rasa hormat kepada tokoh berkenaan.
“Dulu pun Tun pernah bertelagah dengan negarawan negarawan lain (seperti) Ku Li (Tengku Razaleigh), Tun Hussein Onn, Tunku Abdul Rahman.
“Semua ini nama-nama negarawan yang pernah berbakti dan kemudian tidak bersetuju dgn pentadbiran Tun.
“Namun tak pernah hilang rasa hormat Tun pada mereka.
“Tak pernah ditarik kelebihan yang mereka terima. Tak pernah dihantar surat mengelak “kesipuan” kerana tiada kerusi,” katanya. – Malaysiakini
Nota Ana Ghoib: Dunia oh dunia! Kita tahu secara khusus individu mana sebenarnya yang akan tersipu-sipu.
Firman Allah: Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang!
Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka.
Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. – (Al Quran surah Hud 11:116)
TERKINI: Elak kesipuan punca undangan ke majlis agong dibatal, tiada kerusi untuk Tun Mahathir
TERKINI: Tun Mahathir jawab MB Johor orang asing dapat kerakyatan tak munasabah?
KLIK BACA: Najib yang menyusukan China
KLIK BACA: Mahfuz: Walak Najib walak ‘kongsi gelap’
KLIK BACA: Dr Mahathir didakwa hina Nabi Muhammad, NGO buat laporan polis
The post Harap ada VIP sudi beri kerusi pada Dr Mahathir di istiadat agong appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gk8y4i
Post a Comment