Hi! Welcome Back and Stay Tune! The Reds harap tuah Anfield - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

The Reds harap tuah Anfield

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan pertembungan menentang Tottenham Hotspurs sebagai aksi 'enam mata' namun percaya mereka memiliki kelebihan memandangkan aksi berlangsung di Anfield.

The Reds masih belum tewas dalam 14 aksi liga tetapi berdepan cabaran berdepan Tottenham yang masih segar dengan kejayaan menundukkan Manchester United 2-0 pada aksi pertengahan minggu.

"Ini adalah aksi 'enam mata' jadi satu-satunya kelebihan yang dimiliki oleh pasukan ini adalah ia berlangsung di Anfield," kata Klopp.

"Ini situasi yang cukup baik dan saya tidak sabar menantikan perlawanan ini."

Anak buah Klopp kini menghuni tangga ketiga liga dengan 50 mata apabila mengatasi Chelsea menerusi perbezaan gol dan hanya dibezakan dua mata dengan Tottenham yang turut memburu slot Liga Juara Juara.

"Dengan kedudukan dalam liga, sasaran dan apa yang kami mahukan dan di mana kami mahu menamatkan musim ini, perkara sebegini menunjukkan betapa perlawanan bertemu Tottenham adalah sangat penting."

Dalam masa sama, Klopp mengakui dia bepruas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan pemain baharunya, Virgil van Dijk selepas sebulan menyertai pasukan terbabit.

"Kita akan menyaksikan potensinya yang terbaik pada musim panas nanti tetapi kami tiada masa untuk menunggu sehingga waktu itu.

"Dia sudah memberi banyak petanda positif dan itu sudah cukup bagus untuk saya." - Reuters



Sumber The Reds harap tuah Anfield

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BTZ4nU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.