Astro Akan Tawar Pengalaman Menonton Piala Dunia FIFA 2018 Melalui Paparan Realiti-Maya
Menjelang bulan Jun kelak, salah satu perkara yang akan diperkatakan hangat oleh ramai peminat bola sepak tempatan adalah berkaitan dengan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia. Kini, selari dengannya, pihak Astro mengumumkan sejumlah penawaran yang akan disediakan oleh Astro untuk pelanggan mereka.
Seperti biasa, pelanggan Astro perlu dapatkan “Pas Piala Dunia FIFA 2018” untuk menerima akses kepada pelbagai kandungan Piala Dunia pada harga RM100 (untuk pelanggan NJOI). Dan menariknya, untuk kali pertama, Astro turut akan menyediakan siaran langsung melalui sebuah aplikasi VR khusus.
Dinamakan sebagai VR Stadium Astro, ia akan menawarkan sudut-pandang 180-darjah, membolehkan pengguna menikmati perlawanan Piala Dunia 2018 ini secara langsung melalui set realiti-maya.
Dengan penawaran ini, ia akan memberikan pengalaman yang berbeza berbanding sebelumnya, seumpama berada benar-benar di stadium ketika perlawanan berlangsung. Ini juga adalah kali pertama kandungan seumpamanya ditawarkan untuk pengguna tempatan. Disamping itu, melalui aplikasi Stadium Astro, pengguna turut boleh mengakses siaran langsung perlawanan melalui pelbagai sudut kamera berbeza dengan mudah.
Aplikasi VR Stadium Astro ini dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat, menjelang acara Piala Dunia FIFA 2018 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H18vWw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment