Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bergelut Perompak Selamatkan Ibu, Kakak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bergelut Perompak Selamatkan Ibu, Kakak



TINDAKAN berani lelaki berdepan penjenayah berjaya menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas rumah mereka di Inanam dekat Kota Kinabalu, dipecah masuk, 10 Jun lalu. Dalam kejadian 5.45 pagi itu, mangsa, 24, dikatakan terpaksa bergelut dengan penjenayah berkenaan yang menggunakan parang sehingga mengalami kecederaan di kepala, tangan dan badan akibat ditetak suspek.

Tindakan nekad mangsa akhirnya menggagalkan usaha penjenayah untuk melarikan barangan berharga, sebelum menghilangkan diri sejurus selepas kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa dan kakaknya, 31, yang turut cedera dirawat di Hospital Likas manakala ibu mereka, 59, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, polis turut menahan suspek, 34, pada 1.05 tengah hari, Selasa lalu di stesen minyak di Manggatal. "Sebaik menerima makluman, sepasukan polis segera melancarkan operasi mengesan suspek yang dipercayai bergerak bersendirian.

"Hasil maklumat awam dan risikan, polis berjaya menahan suspek yang didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri … Suspek kemudiannya membawa polis ke lokasi di atas bukit berhampiran Taman Bukit Hijau di Jalan Tuaran Bypass dan polis menemui senjata yang dipercayai digunakan ketika kejadian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, antara yang dirampas ialah parang berukuran 47 sentimeter, besi yang diubahsuai dan pakaian yang disembunyikan suspek di kawasan belukar berkenaan. "Ujian saringan air kencing yang dijalankan suspek turut didapati positif dadah dan suspek kini direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun Keseksaan kerana samun sehingga mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan," katanya.

Chandra berkata, pihak polis merakamkan penghargaan kepada orang awam yang segera menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini sehingga suspek berjaya ditahan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tvHdSC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.