Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua lagi Adun angkat sumpah Exco Pahang, lengkapkan kuota - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua lagi Adun angkat sumpah Exco Pahang, lengkapkan kuota

KUANTAN: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang di Istana Abdulaziz hari ini.

Mereka ialah Adun Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dan Adun Batu Talam, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Upacara Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menerusi pelantikan itu, lengkap sudah barisan Exco kerajaan negeri, selepas lapan daripadanya, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang mengangkat sumpah pada 15 Mei lalu.

Bagaimanapun, portfolio yang bakal disandang dua Exco yang baharu mengangkat sumpah itu belum diputuskan.

Sebelum ini, Wan Rosdy yang kini memegang empat portfolio berkata, beliau akan melepaskan dua daripadanya sebaik Exco baharu dilantik.



Sumber Dua lagi Adun angkat sumpah Exco Pahang, lengkapkan kuota

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JI9Buf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.