Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Model CPU Intel Generasi Kesembilan Diperlihatkan – CPU Intel Core i9 Mungkin Dipasarkan Sebagai CPU Arus Utama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Model CPU Intel Generasi Kesembilan Diperlihatkan – CPU Intel Core i9 Mungkin Dipasarkan Sebagai CPU Arus Utama

Intel nampaknya sedang bersedia untuk mengumumkan kehadiran siri CPU kesembilan mereka tidak lama lagi yang diberikan kod nama Whiskey Lake. Menurut beberapa butiran yang tertiris baru-baru ini, siri Whiskey Lake ini juga bakal memperlihatkan beberapa perubahan drastik pada barisan CPU mereka.

Tertiris baru-baru ini ialah tiga buah CPU baru Intel, termasuklah CPU Intel Core i9-9900K, Intel Core i7-9700K dan juga Intel Core i5-9600K. CPU Core i9 dan Core i7 hadir dengan kelajuan asas 3.6GHz, manakala CPU Intel Core i5 pula mempunyai kelajuan 3.7GHz.

Dari segi kelajuan Boost Clock pula, CPU Core i9-9900K boleh dilewahjamkan selaju 5.0GHz, Core i7-9700K selaju 4.9GHz manakala CPU Core i5-9600K mempunyai kelajuan 4.6GHz.

Apa yang menarik disini ialah dengan pengenalan CPU Intel Core i9 ke arus utama, jumlah teras yang hadir pada kesemua CPU-CPU Intel ini juga bakal berubah. CPU Intel Core i9-9900K dikatakan hadir dengan lapan teras dan 16 bebenang kuasa, manakala CPU Intel Core i7-8700K hadir dengan lapan teras dan lapan bebenang kuasa, manakala CPU Intel Core i5-9600K pula dilengkapi dengan enam teras dan enam bebenang kuasa.

Buat masa ini, Intel masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan melancarkan siri CPU Whiskey Lake ini, tetapi terdapat kebarangkalian bahawa ia akan diperlihatkan pada suku keempat tahun ini, ataupun awal tahun hadapan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LJO95R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.