Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tak Perlu Segera Lantik Saya Jadi PM Yang Baru’


PETALING JAYA – Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Menurutnya, buat masa sekarang beliau memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan enggan memberi tekanan kepada beliau.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bercadang untuk berjumpa dengan Dr Mahathir bagi membincangkan usaha untuk melakukan perubahan terhadap institusi Parlimen.

“Beri peluang untuk saya masuk untuk mereformasikan Parlimen. Parlimen perlu diubah bagi membolehkannya berfungsi dengan baik dalam negara demokratik.

“Kalau saya dipilih untuk masuk Parlimen, saya akan menjadi penyokong kerajaan, itu kedudukan saya. Ada kawasan pelawa (jadi ahli Parlimen), itu saya hargai. Tak janggal kalau ada orang pelawa.


“Sekarang perkara itu belum diteliti sepenuhnya. Saya tak mahu dialog panjang tentang isu ini. Orang yang kurang arif dalam politik anggap ini perkara biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Keadilan, di sini yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tambah bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau tidak merasakan proses melantiknya sebagai Perdana Menteri perlu disegerakan sebaliknya beliau kini mahu memberi tumpuan terhadap proses pemilihan parti.

“Ada andaian mengatakan perubahan berlaku dalam dua tahun. Kalau tidak berlaku dalam tempoh itu, mungkin berlaku dalam masa lima tahun.

“Keputusan itu (lantik sebagai Perdana Menteri) dibuat semasa saya dalam penjara lagi. Kepimpinan parti ada tanya adakah perlu segera, saya jawab tidak perlu segera,” ujarnya


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vPSXjh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.