Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Acappan sembunyi derita daripada keluarga” – Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Acappan sembunyi derita daripada keluarga” – Anak

PUCHONG: Penderitaan pelakon dan pelawak terkenal era 80-an, Acappan atau nama sebenarnya R. Samynathan, yang meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang pagi tadi, hanya diketahui keluarganya tiga bulan lepas.

Anak sulung mendiang, S. Vikneshwaran, 31, berkata mendiang bapanya jarang bercerita tentang penyakitnya kepada keluarga.

“Sewaktu bapa dirujuk ke Hospital Putrajaya sebulan lepas, penyakitnya sudah mencapai tahap tiga. Setelah empat hari masuk wad, doktor memberitahu status kesihatannya telah pun berada di tahap kritikal dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan doktor pakar,” kata Vikneshwaran yang bekerja sebagai pengurus bank di Sydney, Australia ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau menyifatkan kehilangan bapanya yang berusia 63 tahun itu sebagai satu tamparan hebat kepada keluarganya terutama ibunya, S. Yogeswari, 53, serta adik perempuan bongsunya, S. Yhuveneshwary, 24, kerana mereka tinggal bersama dan sangat rapat.

“Bapa sempat berpesan pada saya supaya menjaga ibu dan adik serta sentiasa menjaga kebajikan mereka,” kata Vickneshwaran.

Acappan meninggalkan seorang isteri, tiga anak termasuk S. Dhineshwaran, 28 (anak lelaki kedua) yang bekerja sebagai jurutera di Sydney, Australia.

Ditanya kononnya mendiang Accapan pernah memeluk Islam, Vikneshwaran berkata bapanya tidak pernah memeluk agama Islam seperti yang pernah diviralkan di media sosial pada 2016.

“Pukul 8.30 pagi tadi, dua orang anggota polis dari Balai Polis Bukit Puchong datang untuk mengambil pengesahan kematian bapa dan pegawai berkenaan mengesahkan dengan JAKIM bahawa Accapan yang nama sebenar R.Samynathan tidak pernah memeluk agama Islam,” katanya.

Sementara itu, pelakon Lan Zailan, 60, yang mengenali mendiang lebih 30 tahun lalu dan pernah berlakon bersama dalam sitkom ‘Santan Berlada’ berkata hubungannya dengan mendiang Accapan agak rapat sementelah Lan boleh berbahasa Tamil.

Lan menyifatkan mendiang seorang yang sangat baik dan suka menasihati rakan-rakannya.

Hampir 300 ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan termasuk artis memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Accapan di sini hari ini.

Mayat mendiang dibawa ke Simpang Lima Crematorium, Klang untuk disempurnakan lewat petang ini.

Kredit :
– http://www.astroawani.com/berita-hiburan/acappan-sembunyi-derita-daripada-keluarga-anak-185613



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Dfz64i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.