Hi! Welcome Back and Stay Tune! Al-Mahdi Syiah Akan Ubah Al-Quran Mengikut Ajaran Yah udi! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Al-Mahdi Syiah Akan Ubah Al-Quran Mengikut Ajaran Yah udi!

Abu Ja’far Muhammad bin al-Hasan al-Thusi, w. 460 H, (Ulama Syiah) menjelaskan dalam kitabnya, al-Ghaibah, hal. 154, bahwa Imam Mahdi Syiah akan membuat syariat baru, merubah al-Qur’an dan membunuh semua orang Arab.

Al-Kulaini (Ulama Syiah) menjelaskan dalam kitabnya al-Kafi, juz 1, hal. 462, bahwa Imam Mahdi dan imam-imam Syiah yang lain besok akan menerapkan hukum-hukum Dawud dan keluarga Dawud, yaitu ajaran agama Yahudi.

Dibawah ni apa yang Al-Mahdi sebenar(ISLAM) akan buat bila memerintah kelak, cuba cari dalam kronologi ni ada ka yang menyebut Al-Mahdi akan ubah al-quran, baca dengan teliti:

Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal

1. Nabi Isa AS Turun Menyelamatkan Umat Islam

A. Sabda Nabi SAW,

“Ketika al-Mahdi dan umat Islam yang turut berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan

sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun. Maka al-Mahdi mundur ke belakang agar

Nabi Isa ke hadapan untuk menjadi imam (sembahyang subuh mereka). Lantas Nabi Isa

meletakkan kedua-dua belah tangannya ke atas kedua-dua belah bahu al-Mahdi sambil berkata,

“Silakan maju ke hadapan dan jadi imamlah. Sesungguhnya (sembahyang subuh) ini

diiqamatkan untukmu.” Maka al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.”

(Ibnu Majah & Abu Nuaim)

B. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri (memerhatikan makmum pada saf

pertama), maka ketika itulah Nabi Isa turun dari langit, laksana menitisnya air daripada

rambut al-Mahdi. Lantas al-Mahdi berkata, “Sila ke depan dan jadilah imam (kami).” Nabi

Isa menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamatkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa

sembahyang di belakang seorang lelaki daripada keturunanku.”

(At-Tabrani & Abu Nuaim)

Setelah cukup empat puluh hari Dajjal memerintah dunia dengan keadaan yang amat

menderitakan seluruh kemanusiaan, manusia yang mengikutinya mulai amat sedar betapa silapnya

mereka karena terlalu mengikut cakap-cakap Dajjal itu. Betapa jauhnya perbedaan antara

pemerintahan Islam sebelumnya dengan pemerintahan Dajjal yang sedang memerintah pada hari ini.

Pemerintahan Islam cukup ideal dan baik, membawa rahmat yang tidak terhingga kepada seluruh

manusia, malah yang kafir pun turut mendapat limpahan nikmat yang Allah turunkan. Pemerintahan

Dajjal ini bukannya membawa kebaikan, malah orang yang menuhankannya pun turut mendapat

susah dan takut. Begitu jauhnya perbedaan antara kedua-dua bentuk pemerintahan ini.

Namun untuk berpatah balik amatlah sukar pula, malah boleh dikatakan bahwa pintu taubat

sudahpun Allah tutup untuk setiap yang mengikut Dajjal itu. Maka mereka menjadi golongan yang

amat menyesal. Dalam keadaan yang penuh menyesal itulah Allah turunkan Nabi Isa AS kepada umat

Islam, membawa khabar berita yang amat menggembirakan seluruh umat Islam yang sedang sangat

menderita itu. Turunnya Nabi Isa AS bukanlah sebagai seorang rasul yang akan mengembangkan

ajaran baru. Tugas itu sudahpun ditutup dengan wafatnya Rasulullah SAW lebih seribu empat ratus

tahun dahulu.

Tugas pertama Nabi Isa AS adalah sebagai pembunuh Dajjal. Untuk tujuan itu, Nabi Isa AS

diturunkan oleh Allah pada waktu subuh, ketika umat Islam sedang berdiri untuk mengerjakan

sembahyang subuh. Turunnya Nabi Isa AS ini memang mengejutkan seluruh umat Islam. Selepas

sembahyang subuh itulah Nabi Isa AS bersiap-siap untuk membunuh Dajjal seperti yang Allah SWT

perintahkan kepadanya sebelum turun ke bumi ini. Dari mana turunnya Nabi Isa AS itu tidak

perlulah dikaji-kaji dan dicungkil-cungkil. Yang penting sekali, Nabi Isa AS sudahpun turun semula ke

dunia, dalam keadaan seolah-olah orang yang baru berusia 33 tahun, sama seperti keadaannya

sewaktu diselamatkan oleh Allah daripada ditangkap oleh Yahuza Iskarius, anak muridnya yang

membelot dahulu.

2. Nabi Isa AS Menjadi Makmum

A. Nabi SAW bersabda,

“Sekumpulan orang dari umatku akan berjuang menegakkan kebenaran sehingga hampir tibanya

kiamat, apabila Isa anak Marian AS turun, dan pemimpin mereka memintanya mengimamkan

sembahyang, tetapi Isa AS menolaknya sambil berkata, “Tidak, sesungguhnya di kalangan kamu

ada orang yang Allah telah jadikannya pemimpin ke atas yang lain dan Dia telah

menzahirkannya untuk kamu semua.” (Muslim)

Allah SWT telah menurunkan Nabi Isa AS sebagai suatu rahmat bagi sekalian umat Islam

yang ada pada masa itu. Dan sebelum Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini, Allah akan turunkan

terlebih dahulu Dajjal. Sebelum Dajjal itu dimunculkan ke dunia ini, Allah akan utuskan Imam Mahdi

untuk memimpin seluruh manusia kepada Islam dan iman yang hakiki. Sebelum Imam Mahdi

muncul, wajib muncul dahulu Pemuda Bani Tamim yang akan mendirikan tapak pemerintahan untuk

Imam Mahdi. Jadinya, ketiga-tiga pemimpin besar Islam itu dan juga Dajjal keluarnya adalah berturutturut

dan berkait-kait, tidak dapat dipisahkan lagi. Dan keempat-empat mereka ini adalah sekumpulan

tanda-tanda besar kiamat yang awal. Selepas Nabi Isa AS wafat, maka kiamat sudah tidak dapat

dielakkan lagi dan hanya menunggu saat saja untuk berlaku.

Nabi Isa AS turun pada kali ini adalah sebagai seorang umat Islam, bukan sebagai seorang

rasul. Tugasnya sebagai seorang rasul sudah terhapus walaupun jawatannya tetap ada dan tetap juga

berjawatan Ulul Azmi seperti dahulu. Hanya tugasnya menjalankan risalah saja yang sudah tidak

ada lagi. Jika ada pun, hanyalah menjalankan risalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

SAW, seperti yang biasa dilakukan oleh Imam Mahdi dan pendakwah-pendakwah lain. Itu saja dan

tidak lebih daripada itu.

3. Nabi Isa AS Membunuh Dajjal

A. Sabda Nabi SAW,

“… Kemudian semasa tentara Islam sedang mempersiapkan perang dan mengatur barisan, dan

pada masa itu sembahyang akan didirikan, Isa bin Maryam turun, lalu mendatangi tentara Islam

ini. Ketika itu, apabila musuh-musuh Islam melihat Isa bin Maryam, maka mereka pun (hancur)

luluh seperti luluhnya garam di dalam air. Seandainya Isa bin Maryam tidak mendatangi (untuk

membunuh) mereka, musuh-musuh Islam itu telahpun (sedia) luluh, sehingga dapat dikalahkan

dengan mudah saja. Akan tetapi Allah (memang telah menetapkan bahwa Dia) bermaksud

mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa memperlihatkan darah

Dajjal yang mengalir di hujung tombaknya (kepada umat Islam itu).”

(Muslim)

B. Sabda Nabi SAW,

“Dajjal itu diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan yang semuanya memakai jubah hijau.

Apabila mereka melihat Nabi Isa, maka luluhlah mereka seperti luluhnya garam di dalam air.

Maka Dajjal pun melarikan diri (daripada Nabi Isa AS). Nabi Isa kemudian berkata, “Aku

pasti akan membunuh kamu dan kamu tidak akan berupaya memukul aku.” Nabi Isa

(mengejar) lalu menangkapnya di Pintu Lud, suatu bandar dekat Baitulmaqdis, bahagian timur,

lalu Nabi Isa membunuhnya. Setelah itu, Allah memporak-perandakan orang-orang Yahudi dan

mereka dibunuh semahu-mahunya.”

Sebenarnya Dajjal dan bala tentaranya itu memang boleh dan mampu dilawan oleh orangorang

Islam yang ada itu tetapi Allah SWT memang bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui

tangan Nabi Isa AS seorang, tidak oleh orang lain. Dan selepas turunnya Nabi Isa AS itu, seluruh

kelengkapan Dajjal yang tersergam megah itu hancur berkecai dan rosak binasa, tidak ada satu pun

yang tinggal lagi. Orang-orang Yahudi yang mengikut Dajjal itu juga porak-peranda dikerjakan oleh

orang-orang Islam. Tidak ada seorang pun yang selamat melainkan habis semuanya dibunuh oleh

mereka. Akhirnya habislah riwayat bangsa Yahudi dari atas muka bumi ini untuk selama-lamanya.

Yang tinggal hanyalah orang-orang Yahudi yang telah sedia memeluk agama Islam.

4. Masanya Nabi Isa AS Turun ke Dunia

A. Kata tabiin RH,

“Dajjal mengepung para mukminin di dalam Baitulmaqdis. Kemudian mereka (kekurangan

makanan sehingga) ditimpa kelaparan yang amat sangat sehingga (terpaksa) memakan tulangtulang

yang telah dibuat tali. Dalam keadaan seperti inilah, tiba-tiba mereka mendengar satu

suara pada akhir malam. Serentak mereka berkata, “Sungguh ini adalah suara seorang lelaki

yang kenyang!” Kemudian mereka (mencari dan) melihatnya. Tidak disangka-sangka dia adalah

Isa bin Maryam. Sebentar kemudian, sembahyang subuh akan didirikan. Tokoh-tokoh Islam

mempersilakan al-Mahdi untuk menjadi imam sembahyang tetapi al-Mahdi (pula) mempersilakan

Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa bertindak sebagai imam. Seterusnya dia menjadi imam sembahyang

pada setiap waktu selepas itu.”

B. Sabda Nabi SAW,

“Ketika al-Mahdi dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah menurunkan al-Masih Ibnu

Maryam di tepi menara putih di Damsyik sambil kedua-dua tangannya diletakkan di atas sayap

dua malaikat. Nabi Isa terus mencari Dajjal sampai ditemuinya di depan Pintu Lud, lalu

dibunuhnya.” (Muslim)

Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini pada waktu subuh, iaitu ketika azan telah dilaungkan

dan iqamat akan dibacakan. Semasa Nabi Isa AS turun itulah iqamat dibacakan untuk Imam Mahdi

mengimamkan sembahyangnya. Apabila Imam Mahdi melihat Nabi Isa AS datang kepada mereka,

beliau mempersilakan Nabi Isa AS menjadi imam sembahyang mereka. Yang dimaksudkan Nabi Isa

AS menjadi imam sembahyang itu adalah di tempat lain, karena wilayah pemerintahan Imam Mahdi

amatlah luas dan masjid pula amat banyak. Maka Nabi Isa AS seterusnya dilantik oleh Imam Mahdi

untuk menjadi imam sembahyang di sebuah masjid yang besar, memimpin umat Islam dalam

sembahyang mereka.

5. Nabi Isa AS Turun Pada Waktu Subuh

A. Sabda Nabi SAW,

“Mereka (orang-orang Arab) pada ketika itu sedikit. Tokoh-tokoh umat Islam berada di

Baitulmaqdis. Imam mereka adalah al-Mahdi, seorang lelaki yang (amat) soleh. Ketika imam

mereka sedang melangkah untuk melakukan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun

bertepatan dengan takbirnya imam.”

(Ibnu Majah)

B. Sabda Nabi SAW,

“Orang-orang mukmin ketika itu berjumlah sedikit sekali. Tokoh-tokoh mereka berada di

Baitulmaqdis. Dan imam mereka adalah seorang lelaki yang (amat) soleh. Kemudian Dajjal

keluar hingga sampai di Baitulmaqdis, lalu mengepung umat Islam yang berada di sana. Ketika

Dajjal mengepung umat Islam itu, tiba-tiba Isa AS turun, yang ketika itu imam (mereka) hampir

mengerjakan sembahyang subuh. Ketika imam melihat Isa, maka dia segera mengenalinya. Lantas

si imam mundur agar Nabi Isa maju untuk menjadi imam mereka. Nabi Isa AS meletakkan

kedua-dua tangannya ke atas kedua-dua belah bahu si imam sambil berkata, “Majulah dan

jadilah imam. Sesungguhnya sembahyang ini telah diiqamatkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa

sembahyang di belakang si imam. Setelah imam mengakhiri sembahyangnya, Nabi Isa AS

berkata, “Bukakanlah pintunya.” Maka pintunya pun dibuka orang. Ketika itu Dajjal langsung

ternampak Nabi Isa AS sedangkan dia diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan, lengkap

dengan pedang masing-masing dan berjubah hijau.” (Ibnu Majah)

Kedua-dua buah hadits pada bahagian ini bersifat menjelaskan perkara yang telah

diperjelaskan pada bahagian-bahagian yang sebelumnya dan disertakan dengan beberapa tambahan

yang amat berguna untuk diambil ingatan oleh kita. Imam Mahdi adalah pemimpin umat Islam pada

masa itu walaupun Dajjal sedang menguasai dunia, dan turunnya Nabi Isa AS adalah untuk

menyempurnakan pembunuhan terhadap Dajjal itu.

6. Pengesahan Pemerintahan Imam Mahdi oleh Nabi Isa AS

A. Sabda Nabi SAW,

“(Nabi) Isa bin Maryam AS akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan al-Mahdi.

Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia

memberitahu, “Sesungguhnya di antara kamu ada (seorang) pemimpin yang (sangat) dimuliakan

oleh Allah untuk umat ini.” (Muslim)

B. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda,

“Apakah reaksi kamu semua apabila Isa anak Mariam turun sedangkan Imam kamu adalah

dari kalangan kamu?”

(Al-Bukhari & Muslim)

C. Sabda Nabi SAW,

“Apakah keadaan kamu jika anak Marian turun di kalangan kamu dan Imam kamu adalah

dari kalangan kamu?”

(Al-Bukhari)

Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini bukanlah untuk merampas kuasa atau menunjuknunjuk

kehebatan tetapi untuk membantu menyelamatkan umat Islam dan melepaskan mereka

daripada belenggu kesusahan yang sedang menimpa mereka. Selain itu, Nabi Isa AS turut

memperakukan pemerintahan Imam Mahdi apabila beliau sendiri turut membaiat Imam Mahdi

sebagai khalifahnya, sedangkan beliau itu adalah seorang rasul. Belum pernah terjadi lagi seorang rasul

membaiat seorang biasa, melainkan Talut yang pernah dibaiat oleh Nabi Samuel AS. Maka Imam

Mahdi turut mendapat keistimewaan yang amat bermakna ini.

Nabi Isa AS sendiri turut menyatakan bahwa Imam Mahdi adalah orang yang sangat

dimuliakan oleh Allah dan mengesahkan pemerintahan Imam Mahdi itu ke atas seluruh dunia.

Selepas itu, Imam Mahdi melantik Nabi Isa AS sebagai salah seorang pembantu kanannya untuk

mentadbir seluruh muka bumi ini menurut sunnah Nabi Muhammad SAW yang suci ini.

7. Orang-orang Yahudi Dibunuh di Mana-mana

A. Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Golongan Yahudi akan (sentiasa) memerangi kamu lalu kamu dapat mengalahkan mereka

sehinggakan batu berkata, “Wahai orang Islam, ini orang Yahudi menyorok di belakang aku,

(marilah dan) bunuhlah dia.”

(At-Tarmizi)

B. Abu Hurairah RA memberitahu bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga orang-orang Islam akan memerangi orang-orang Yahudi.

Maka orang-orang Islam akan membunuh mereka sehingga orang-orang Yahudi lari bersembunyi

di belakang batu dan pokok, maka berkatalah batu dan pokok, “Wahai orang Islam, wahai

hamba Allah, ini dia Yahudi di belakangku. Marilah dan bunuhlah dia.” Melainkan pohon

gharqad karena pokok itu adalah pohon Yahudi.”

(Al-Bukhari, Muslim dan at-Tarmizi)

Umat Islam diberikan keramat yang amat besar iaitu dapat mendengar pokok-pokok dan

batu-batu bercakap dengan mereka, sedangkan orang-orang Yahudi tidak dapat mendengarnya.

Akhirnya dengan bantuan keramat yang amat besar inilah umat Islam berjaya mengalahkan bangsa

Yahudi dan menghapuskan terus mereka dari atas muka bumi ini. Orang-orang Yahudi yang masih

tinggal selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini hanyalah dari kalangan mereka yang telah

sedia memeluk agama Islam sebelum Dajjal keluar ke dunia ini. Yang lain daripada itu semuanya

habis dibunuh oleh orang-orang Islam, tanpa kecuali-kecuali lagi.

8. Imam Mahdi Membunuh Babi dan Mematahkan Salib

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan datang (memerintah manusia) dengan penuh bijaksana dan adil. Salib-salib

akan dihancurkan dan babi-babi akan dibunuh semua sekali. Dia akan membahagi-bahagikan

harta (kepada semua manusia tanpa berkira-kira) tetapi (akhirnya) tiada seorang pun yang mahu

menerimanya.”

B. Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sudah dekat masanya turun kepada kamu Ibnu

Maryam AS yang menjadi hakim yang adil. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi,

menghapuskan jizyah dan harta melimpah ruah sehingga tiada seorang pun yang mahu

menerimanya.” (Muslim)

Peristiwa Imam Mahdi dan Nabi Isa AS mematahkan salib-salib dan membunuh babi-babi

sehingga seluruh dunia ini bersih daripada babi-babi dan salib-salib dirakamkan oleh Rasulullah SAW

secara berasingan. Karena itulah ramai yang menganggap hadits mengenai Imam Mahdi mematahkan

salib dan membunuh babi sebagai hadits dhaif atau maudhuk saja, karena lazim kita memahami

tugas itu adalah tugas Nabi Isa AS, yang dilakukannya selepas berjaya membunuh Dajjal.

Sebenarnya kedua-dua buah hadits ini tidaklah bertentangan karena jika digabungkan keduaduanya,

maka jadilah Nabi Isa AS dan Imam Mahdi, sama-sama memikul tugas membersihkan muka

bumi ini daripada sebarang kekotoran dan lambang-lambang syirik. Selain itu, peranan mereka

hanyalah sebagai pemula saja, karena lazim apa-apa yang diperbuat oleh si pemimpin, maka

rakyatlah yang akan menyambutnya. Tugas itu akan dipikul bersama-sama oleh orang-orang Islam

yang berada di merata-rata tempat sehingga akhirnya bersihlah seluruh muka bumi ini daripada babibabi

dan bangunan-bangunan daripada tanda-tanda salib.

Ada sebuah buku yang ditulis oleh anak murid kepada anak murid Muhammad Abduh, yang

isinya cukup melucukan untuk dibaca dan ditatap oleh kita. Di sini penulis salinkan sepenuhnya

tulisan beliau. Ejaan dan bentuk bahasa beliau, penulis kekalkan. Lihatlah betapa tidak fahamnya

beliau akan kedudukan masalah ini, pandangannya pula amat berat sebelah, amat dangkal ilmu dan

kajiannya tetapi masih mahu menulis berdasarkan pandangannya yang sememangnya telah amat bias

itu.

Kepada keterangan dalam hadits mi’raj, bahwa nabi kita Muhammad saw.

ketika naikkelangit dan diketuk pintunya satu demi satu lalu beliau masuk, beliau melihat nabi Isa dan

putera bibinya Nabi Yahya dilangit kedua. Cukuplah kelemahan keterangan ini, karena

telah ditetapkan oleh kebanyakan para pensyarah hadits yang menerangkan tentang

keadaan mi’raj dan berkumpulnya nabi saw. dengan para nabi disana, adalah berkumpul

ruh bukan berkumpul jasad. (lihat Fathul Bari, Zadul Ma’ad dll, Al Fatawa Syekh Syaltut

halaman 54).

Kata kata Hadits.

Nabi Isa akan memecahkan kayu salib dan membunuh babi, kalau hadits ini maqbul/diterima,

lalu diberi arti letterliyk tentu tidak ilmiah dan rationil. Apakah nabi Isa akan masuk kepada

setiap gereja yang ada didunia ini untuk memecahkan kayu salib ? Dan pergi masuk ke kota

kota, kampung kampung dan hutan hutan untuk membunuh babi ? Karena itu golongan yang

melarang ta’wil harus menghadapi arti yang sulit yang tidak ilmiah dan irationil, orang-orang

akan memandang bahwa agama ini menyampaikan pelajaran yang tidak ilmiah dan irationil.

(I. Z. Abidin, Qiyamat dan Tanda2nya, muka surat 86)

Pandangan beliau adalah benar jika dilihat oleh orang yang mengutamakan akal semata-mata

atau oleh orang yang tidak bersifat pemimpin umat. Hanya orang yang bertaraf pemimpin umat

saja yang dengan mudah dapat melihat keadaan sebenar di sebalik apa yang tersurat daripada haditshadits

Nabi SAW, ucapan para Sahabat RA dan asar-asar para tabiin dan tabiit tabiin RH. Oleh itu,

kepada Allah sajalah kita memohon agar kita diberikan-Nya hidayah untuk memahami erti sebenar

agama Islam yang suci ini.

9. Rezeki Amat Makmur dan Hidup Sangat Selamat

A. Kata sahabat RA,

“Pada zaman al-Mahdi nanti, kambing dan serigala digembala bersekali, kanak-kanak bermain

ular dan kala, yang mana ular dan kala itu tidak membahayakan sama sekali. Manusia akan

menanam secupak benih dan akan menuai hasilnya sebanyak 700 cupak. Riba, perzinaan dan

minuman keras hilang lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah-amanah ditunaikan,

perkara-perkara yang keji habis binasa dan orang-orang yang membenci Keluarga Nabi SAW

habis binasa.”

 

B. Kata Abu Nadrah, kami bersama-sama dengan Jabir bin Abdullah RA, lalu dia berkata,

“Akan berlaku (peristiwa) penduduk Iraq tidak menghantar bahan makanan dan dirham mereka.”

Kami bertanya, “Dari arah mana?” Jawabnya, “Dari arah bukan Arab, yang menahannya.”

Kemudian dia berkata lagi, “Aku syak bahwa penduduk Syam juga tidak menghantar dinar dan

mud mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana datangnya?” Jawabnya, “Dari arah Rom.”

Kemudian dia diam seketika, lalu berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Akan berlaku pada

akhir zaman nanti seorang khalifah yang menyebarkan harta benda sebanyak-banyaknya tanpa

mengira-ngira.” Aku bertanya kepada Abu Nadrah dan Abul A’ala, “Kami menyangka dia (yang

dimaksudkan) itu adalah Umar bin Abdul Aziz.” Jawabnya, “Bukan.”

 

C. Abu Said Al-Khudri RA menceritakan bahwa Nabi SAW bersabda,

“Banyak cubaan dan bala bencana akan menimpa umatku daripada pemerintah mereka sebelum

dunia ini kiamat. Akan berlaku satu bencana yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi.

Terdapat banyak kezaliman iaitu dunia ini dipenuhi kezaliman dan penyelewengan yang akan

memusnahkan kebaikan. Orang-orang yang beriman tidak mendapat pembelaan daripada

penindasan yang berlaku itu. Pada ketika itulah Allah akan menghantar seorang lelaki dari

keturunanku untuk memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya

dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Seluruh penduduk langit dan bumi akan meredhai

pemerintahannya. Bumi akan mengeluarkan segala isinya, dan langit pula akan menurunkan

hujan selebat-lebatnya. Dia akan tinggal bersama-sama mereka selama tujuh atau sembilan tahun.

Segala keberkatan dan kemakmuran akan Allah turunkan kepada bumi, sehingga mereka yang

masih hidup amat mengharapkan agar orang-orang yang telah mati dapat hidup semula (untuk

turut merasai kemakmuran dan keberkatannya pada masa itu).”

Inilah bentuk dunia utopia yang sangat diidam-idamkan oleh filsuf Yunani yang terkenal iaitu

Plato. Beliau amat mengimpikan keadaan ini, dan ternyata bahwa apa yang beliau impikan itu ruparupanya

boleh menjadi kenyataan di tangan seorang pemerintah yang beragama Islam, yang taat

beragama, yang sangat soleh dan zuhud iaitu Imam Mahdi. Setiap umat Islam akan hidup dalam

penuh sukacita dan bahagia, tidak ada lagi yang perlu dirisaukan dan ditakuti. Mereka sentiasa

dilindungi oleh pemimpin mereka yang sangat dikasihi dan gagah perkasa, tangannya amat kuat,

keberaniannya memancar dan ketakwaannya terang benderang menembusi hati-hati yang sebelum ini

gelap pekat oleh zulmat dosa-dosa yang bertimbun-timbun sehingga jadilah hati itu hati yang suci

bersih dan jernih laksana cermin yang baru digilap.

Demikianlah ibarat keadaan umat Islam pada masa itu. Betapa bahagianya mereka karena

mendapat pemimpin yang benar-benar berjiwa pemimpin, bukan sekadar pemimpin yang berjiwa

dunia seperti yang ada pada hari ini. Oleh itu, jadilah hidup mereka sangat aman damai dan bahagia

sepanjang masa.

 

10. Imam Mahdi Menghapuskan Bidaah dan Khurafat

A. Kata sahabat RA,

“Pada zaman al-Mahdi nanti, tidak ada perkara bidaah melainkan akan (segera) dihapuskan

dan tidak ada suatu sunnah pun melainkan akan ditegakkan. Dia akan menundukkan

Kostantinople, China dan Gunung ad-Dailam (Eropah). Dia akan menguasai kawasan tadi

selama tujuh tahun, yang mana setahun pada masa itu sama (panjang) dengan 20 tahun sekarang

ini. Kemudian Allah akan melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya.”

 

11. Dunia Sangat Aman Damai

A. Kata tabiin RH,

“Panglima perang al-Mahdi adalah orang yang paling terpilih. Penolong dan pembaiat al-Mahdi

adalah penduduk Kufah, Yaman dan para Wali Abdal dari Syam. Yang berada di hadapan al-

Mahdi adalah Jibril dan Mikail. Dia sangat dicintai oleh makhluk, kepemimpinannya mampu

menyelesaikan masalah bencana yang sedang menjadi-jadi, penduduk bumi berasa aman tentaram

sehinggakan lima orang wanita dapat melakukan ibadat haji dengan (penuh aman) tanpa seorang

pun muhrim (yang mengawal). Mereka tidak berasa takut (terhadap apa pun sepanjang

perjalanan dan semasa mengerjakan haji) melainkan kepada Allah.”

Keadaan yang aman damai ini tidak lain adalah karena keadilan pemerintahan Imam Mahdi

terhadap seluruh dunia sehingga akhirnya seluruh manusia hanya mencari Tuhan saja dalam hidup

mereka. Tamadun yang bangun hasil daripada takwa rupa-rupanya adalah jauh lebih hebat lagi

daripada tamadun yang dibangunkan sebelumnya yang berasaskan kepada teknologi zahir dari Barat.

Memang kita akui pada hari ini, tamadun Barat adalah baik tetapi karena tidak dibangunkan atas dasar

takwa, teknologi yang baik itu sentiasa disalahgunakan oleh penggunanya sehingga jadilah teknologi

yang baik itu merosakkan kembali manusia dan kemanusiaan.

Akhirnya buat apa saja pun, ada saja yang tidak kena dan kesan buruknya. Kesan

buruknya itu pula tidak terjangkakan oleh si pencipta tamadun itu. Karena itulah semasa Imam Mahdi

memerintah, tamadun dunia akan lebih rancak lagi, tetapi semuanya teratur sebab jiwa manusianya

sudah terpimpin ke arah kebaikan, fikiran mereka sudah dibina semula dengan binaan Islam dan

kemahiran mereka digilap semula dengan asas takwa. Maka tamadun Islam yang terbangun itu

membawa kebaikan kepada manusia dan mengembalikan fitrah manusia kepada asalnya iaitu untuk

mendapatkan keredaan Ilahi semata-mata.

Karena sifat takwa yang amat tinggi itu jugalah manusia hidup dalam keadaan yang sangat

aman sehingga beberapa orang wanita dapat mengerjakan haji tanpa berasa takut sepanjang

perjalanan pergi, semasa di Makkah dan sepanjang perjalanan pulang. Itulah yang dikatakan

keamanan sejati dan kebahagiaan hakiki.

 

12. Lama Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal

A. Dari Abu Said al-Khudri RA, bahwasanya Nabi SAW bersabda,

“Akan ada di kalangan umatku (ketika itu) seorang al-Mahdi. Jika (umur dan

pemerintahannya) dipendekkan (selepas kematian al-Masih Dajjal), lamanya tujuh tahun, jika

tidak (dipendekkan tempoh pemerintahannya) maka sembilan tahun. Umatku akan memperolehi

(sebanyak-banyak) kenikmatan, yang belum pernah diperolehi oleh mereka sama sekali nikmat

yang seperti itu. Mereka diberikan makanan (yang sangat banyak) sedangkan kamu tidak

menyimpan sesuatu pun dari mereka (yang sehingga sebanyak itu). Dan harta benda pula pada

waktu itu, terlonggok dengan amat banyak. Lalu seorang lelaki berdiri (meminta di hadapan al-

Mahdi) dan berkata, “Berilah aku (harta).” Kata Imam Mahdi, “Ambillah (sebanyak yang

engkau mahu).” (Ibnu Majah)

 

B. Abu al-Siddiq an-Naji menceritakan dari Abu Said al-Khudri RA yang berkata,

“Kami khuatir sepeninggal Nabi kami nanti akan terjadi suatu kejadian (yang buruk), lalu kami

bertanya kepada Rasulullah SAW. Maka baginda bersabda, “Sesungguhnya di dalam umatku

ada al-Mahdi yang keluar serta hidup selama lima, tujuh atau sembilan.” Abu Said berkata,

“Kami bertanya, “Apa (maksud angka-angka) itu?” Baginda bersabda, “Tahun.” Baginda

bersabda lagi, “Lalu datang seseorang kepadanya dan berkata, “Hai Mahdi, berilah aku, berilah

aku.” Baginda bersabda, “Kemudian dia memberikan kepadanya (harta benda dan dimuatkan)

dalam pakaiannya sebanyak yang termampu dibawanya.” (At-Tarmizi)

 

C. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun dan meninggal dunia di atas tempat tidurnya.”

 

D. Rasulullah SAW pernah ditanya,

“Berapa lamakah dia memerintah?” Baginda SAW menjawab, “Lima tambah dua.”

 

E. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahwa Rasulullah SAW mengisytiharkan,

“Dunia ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan penyelewengan. Ketika itulah seorang lelaki dari

kaum keluargaku akan naik memerintah selama tujuh atau sembilan tahun dan akan

memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Imam Ahmad)

 

F. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan

memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan

penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”

 

G. Sabda Nabi SAW,

“… seorang lelaki dari kaum keluargaku akan memerintah selama tujuh atau sembilan …”

Pemerintahan Imam Mahdi selepas kematian Dajjal adalah selama tujuh hingga sembilan

tahun dan seperti yang dijelaskan dalam hadits yang terdahulu, tempoh sembilan tahun ini buknlah

menurut ukuran kita pada masa ini tetapi adalah tujuh atau sembilan tahun menurut kiraan pada masa

itu. Jadi, lama sebenar Imam Mahdi memerintah dunia ini jika dilihat menurut ukuran kita pada masa

ini ialah antara seratus empat puluh tahun hingga seratus lapan puluh tahun. Ini disebabkan oleh

ukuran masa setahun pada masa itu bersamaan dengan dua puluh tahun menurut ukuran pada masa

kita ini. Masa diberkatkan sehingga setahun bersamaan panjangnya dengan dua puluh tahun pada

masa ini, iaitu zaman yang masanya tidak diberkatkan oleh Allah SWT. Demikianlah adanya. Allah

jualah yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

 

13. Umat Manusia Hidup Sejahtera

A. Sabda Nabi SAW,

“Pada zaman (pemerintahan) al-Mahdi, seluruh umat manusia sama ada yang taat mahupun

yang jahat, hidup penuh sejahtera, yang mana kesejahteraan ini belum pernah dinikmati (oleh

mana-mana umat manusia pun) sebelumnya. Langit menurunkan hujan deras, yang mana setiap

titisannya (mampu) menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan setiap tumbuh-tumbuhan (pula akan)

mendatangkan keuntungan.” (Al-Hakim)

Sehubungan dengan itu, Imam Ibnu Kasir, dalam Alamat Yaumul Qiyamah, menyatakan

kira-kira begini:

“Dan pada zaman pemerintahannya, buah-buahan menjadi sangat lebat,

tanam-tanaman sangat menjadi, harta-benda tersebar luas (di kalangan

semua manusia), pemerintahan Islam sangat kuat perkasa, syariat Islam

tegak kukuh, musuh-musuh Islam binasa semuanya dan kebaikan sentiasa

berlaku sepanjang masa.”

 

14. Manusia Kembali Bersatu Hati

A. Sayidina Ali KMW berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW,

“Adakah al-Mahdi itu datang daripada keluarga kita atau dari orang lain?” Baginda SAW

menjawab, “Dia adalah dari kalangan kita. Allah akan menutup agama ini dengannya seperti

Dia memulakan agama ini dengan kita. Dia datang menerusi kita karena orang ramai mendapat

perlindungan daripada godaan, seperti mana melalui kita mereka selamat daripada syirik. Melalui

kita jugalah Allah akan memautkan hati mereka dalam persaudaraan seperti sebelumnya berlaku

permusuhan, dan membawa bersama-sama ukhwah dalam agama mereka, selepas berpecah belah

akibat syirik.”

Imam Mahdi diberikan satu lagi keramat yang besar iaitu mampu menyatukan hati umat

manusia sehingga jadilah mereka sebagai umat yang satu. Ya, satu dalam erti kata yang sebenar,

seperti yang berlaku pada zaman Nabi SAW dahulu. Hal ini tidak Allah berikan kepada sesiapa pun

menurut ukuran yang sepenuhnya, karena pemimpin lain turut diberikan keupayaan untuk ini tetapi

tidak dalam ukuran yang sepenuhnya. Hanya Imam Mahdi saja yang Allah berikan keupayaan yang

amat hebat ini.

 

15. Nabi Isa AS Dilantik Menggantikan Imam Mahdi

A. Kata sahabat RA,

“Al-Hasyimi akan menyerahkan kekhalifahan (selepas kematian Imam Mahdi) kepada Isa bin

Maryam AS.”

Al-Hasyimi yang dimaksudkan ini bukanlah Al-Hasyimi yang bertemu dengan Pemuda Bani

Tamim itu lagi tetapi seorang lain yang menggantikan tempat Al-Hasyimi pertama dahulu, dengan

mengekalkan gelaran Al-Hasyimi itu di hujung namanya, sebagai mengambil berkat gelaran Al-

Hasyimi pertama dahulu, yang gelaran itu diberikan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA serta

oleh para tabiin dan tabiit tabiin RH.

Pelantikan Nabi Isa AS sebagai pemerintah seluruh umat manusia di seluruh dunia ini

dilakukan sejurus selepas Imam Mahdi yang amat disayangi, dikasihi dan dicintai oleh seluruh

manusia itu mangkat di atas katil dan sejurus sebelum proses pemakaman dijalankan. Maknanya

semasa jenazah Imam Mahdi disembahyangkan oleh seluruh umat Islam, Nabi Isa AS sudah pun

dilantik menggantikan tempatnya sebagai Imam bagi sekalian manusia.

Selepas pelantikan itu dibuat oleh Al-Hasyimi, seluruh manusia akan membaiat Nabi Isa AS

dan sejurus selepas pembaiatan itu berjalan, Nabi Isa AS memimpin seluruh manusia menunaikan

sembahyang jenazah kepada Imam Mahdi dan seterusnya memakamkan jenazah Imam Mahdi yang

amat mulia itu di tempatnya di Malaysia. Dengan pelantikan ini, umat Islam mendapat pemimpin

baru mereka iaitu Nabi Isa AS sendiri. Nabi Isa AS turut menggunakan gelaran Imam Mahdi

terhadap dirinya, iaitu gelaran yang sama yang pernah digunakan oleh Imam Muhammad bin

Abdullah Al-Mahdi.

Lama pemerintahan Nabi Isa AS di dunia ini adalah kira-kira 52 tahun. Beliau berkahwin dan

mendapat beberapa orang anak. Semasa pemerintahan beliau inilah keluarnya makhluk yang ramai

dan ganas iaitu Yakjuj dan Makjuj, selain runtuhnya Kaabah oleh orang kuat dari Afrika pada

penghujung pemerintahan Nabi Isa AS. Semua ini adalah dengan kehendak Allah SWT jua dan telah

ditetapkan-Nya begitu. Sebab utamanya ialah, zaman pemerintahan Nabi Isa AS ini adalah benarbenar

di penghujung usia dunia dan tanda-tanda besar kiamat sudah, sedang dan akan muncul satu

demi satu.

 

16. Nabi Isa AS pun Dikira Sebagai Imam Mahdi Juga

A. Dari Anas bin Malik RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah bertambah sesuatu urusan agama melainkan kesulitan, tidaklah bertambah urusan

keduniaan melainkan akan tertinggal di belakang, tidaklah bertambah pada manusia melainkan

kebakhilan dan tidaklah terjadi kiamat melainkan kepada seburuk-buruk manusia. Dan adalah

tidak ada Imam Mahdi melainkan Nabi Isa bin Maryam AS.”

(Ibnu Majah)

Yang dimaksudkan dengan tiada Imam Mahdi melainkan Nabi Isa AS adalah bahwa Nabi

Isa AS itu adalah Imam Mahdi yang bertaraf rasul Ulul Azmi. Jelaslah bahwa Imam Mahdi itu adalah

suatu gelaran bagi penjawat yang bermaksud pemimpin yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT

dalam pemerintahannya. Maksud sebenarnya ialah Nabi Isa AS adalah Imam Mahdi yang maksum,

yang terpelihara daripada sebarang bentuk dosa dan makruh. Imam Mahdi yang bernama Muhammad

bin Abdullah al-Mahdi itu adalah Imam Mahdi juga, tetapi tidak sampai ke taraf maksum, karena

beliau hanyalah seorang wali Allah. Dan wali Allah itu bersifat dengan sifat mahfuz. Hanya rasul

saja yang bersifat maksum, yang lain-lain itu dikatakan mahfuz.

Di situlah perbedaan antara Imam Mahdinya Muhammad bin Abdullah dengan Imam

Mahdinya Nabi Isa AS yang perlu diketahui dan difahami benar-benar oleh sekalian manusia,

terutamanya umat Islam di seluruh dunia. Hal ini nampaknya kurang difahami oleh ramai orang,

terutamanya yang mengkaji tentang hadits-hadits mengenai Imam Mahdi sedangkan kajian mereka

tidak mendalam, hanya membuat rumusan berdasarkan kajian yang singkat dan bahan rujukan yang

amat terhad pula. Mereka juga bersikap amat bias dalam kajian tersebut lalu memberikan pandangan

mengenai Imam Mahdi berdasarkan bias yang telah sedia ada dalam kotak fikiran mereka.

 

17. Al-Qahtani Menggantikan Nabi Isa AS

A. Kata Mumar RH, sabda Nabi SAW,

“Al-Qahtani tidak jauh berbeda daripada Al-Mahdi.”

Jelasnya di sini, pengganti Imam Mahdi yang sebenar adalah Nabi Isa AS. Selepas itu, Al-

Qahtani pula memerintah dunia ini dengan adil dan saksama. Seperti yang disebutkan dalam

bahagian-bahagian sebelum ini, Al-Qahtani itu adalah seorang yang berbangsa Melayu yang sangat

bertakwa. Pemerintahannya adalah adil seperti juga pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa AS.

Tempoh pemerintahannya kira-kira tujuh atau sembilan tahun juga, seperti Imam Mahdi dan selepas

kemangkatan beliau, pemimpin lain naik memerintah tetapi umat manusia sudah mula lemah dan

terus lemah. Pada masa inilah muncul tanda-tanda kiamat besar yang lain dan munculnya satu demi

satu membawa erti bahwa umur dunia ini sudah benar-benar di hujung. Memang sejak hujung

pemerintahan Nabi Isa AS lagi tanda-tanda besar kiamat yang lain sudah pun muncul dan ini telah

ditetapkan oleh Allah SWT ke atas dunia ini. Selepas itu, hanya amal soleh saja yang bernilai kepada

manusia.

Demikianlah beberapa buah hadits dan asar yang dapat dimasukkan ke dalam buku ini. Tidak

semua hadits dan asar dapat dimasukkan. Jika dimasukkan juga, akan lebih teballah buku ini jadinya.

Penerangan di dalamnya juga agak pendek dan ini mungkin akan menyebabkan ramai yang kurang

berpuas hati dengannya. Jika ini berlaku, penulis memohon berbanyak-banyak kemaafan. Penulis

telah mencuba sedaya upaya untuk memperjelaskan hal itu. Dan tentu jugalah amat sukar untuk

penulis membuatkan masyarakat faham dengan sejelas-jelasnya akan suatu hal yang mereka belum

pernah dengar dan ketahui sebelum ini. Ilmu yang sepatutnya dituntut bertahun-tahun dan dikaji

dengan sabar, tidaklah akan dapat difahami dengan mudah, semata-mata hanya dengan membaca

buku yang setebal ini.

Mungkin banyak perkara yang masih tidak terungkap, yang masih lagi menjadi rahsia Tuhan

yang tidak dapat dimasukkan di sini. Hal-hal sebegini biasanya dan segala selok-belok yang berkaitan

dengannya dengan mudah dapat difahami oleh golongan tasawuf tulen dan kerohanian, bukan

tasawuf teori atau tasawuf kajian. Sebab biasanya ahli-ahli tarekat dan sufi memang tahu dan yakin

dengan perkara-perkara seperti ini.

Bagi golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah, persoalan Imam Mahdi adalah perkara furuk

saja, bukannya perkara iktikad atau rukun iman. Ini berlawanan dengan pendapat golongan Wahabi

yang menyatakan bahwa soal Imam Mahdi adalah perkara iktikad, dan mereka akan menjatuhkan

hukum sesat kepada yang menentang pendapat mereka, atau hukuman-hukuman lain yang dirasakan

sesuai dengan keadaan itu. Sepatutnya soal Imam Mahdi ini hendaklah dibicarakan dengan dada yang

lapang, hati yang tenang dan ilmu yang jelas, sebab perkara Imam Mahdi yang dihebohkan itu

MEMANG bukannya soal kepercayaan yang wajib diyakini. Persoalan ini hanyalah satu bentuk

kepercayaan, tetapi bukan akidah.

Kalau kita telitikan baik-baik dari segala segi, memang persoalan Imam Mahdi adalah benarbenar

soal furuk akidah, bukan pokok akidah. Sebab itu dalam kelas-kelas tauhid yang

membincangkan tentang rukun iman, tidak pernah disebutkan mengenai kepercayaan kepada Imam

Mahdi. Rata-rata umat Islam pada hari ini kalau ditanya percaya atau tidak kepada Imam Mahdi, pasti

mereka akan serba salah hendak menjawab. Ini berlaku disebabkan ilmu tentang Imam Mahdi tidak

pernah diajar dalam pelajaran tauhid, baik di sekolah-sekolah mahupun majlis-majlis pengajian.

Persoalan ini hanya berkisar terutamanya di kalangan ulama-ulama muktabar, dan mereka sejak

dahulu lagi telah membahaskannya dengan panjang lebar.

Bagi kita yang hidup pada akhir zaman ini, Imam Mahdi adalah khabar gembira yang dijanjijanjikan

untuk kita. Kebangkitan semula Islam dari Timur sudah bermula dan sedang menuju ke

kemuncak, maka tanda-tanda Imam Mahdi itu hampir menabalkan dirinya sudah amat ketara dan

begitu terasa. Mendoakan agar beliau segera dimunculkan untuk membantu kita yang amat lemah ini,

adalah perbuatan yang baik sekali. Lagipun kita dituntut mencari siapa dia mujaddid kurun kelima

belas Hijriah ini karena kita masih lagi berada pada awal kurun Hijrah, dan pemimpin berkenaan

masih lagi belum memunculkan dirinya. Jika tidak berkeupayaan mencari orangnya, mendoakan agar

Allah segera munculkan orang itu adalah memadai juga, terutama bagi kita yang lemah yang hidup

pada akhir zaman ini.

Perbuatan sebahagian pihak yang menyatakan salah jika kita menentukan siapa Imam Mahdi

itu, maka eloklah berhati-hati dengan kenyataannya itu. Mereka perlu memikirkan semula apakah nas

yang tidak membenarkan kita menentukan secara zanni siapa Imam Mahdi itu. Apa alasan yang

hendak diberikan? Tunjukkan nasnya sama ada di dalam Al-Quran atau hadits yang menyatakan sesat

kepada orang yang menentuka siapa Imam Mahdi itu. Kemudian, fikirkan pula bagaimana pula

dengan ulama muktabar zaman dahulu yang telah menetapkan siapa Imam Mahdi itu, yang antaranya

adalah Imam As-Suyuti dan Imam Ibnu Hajar RH.

Sepatutnya kita bertolak ansur dalam hal ini. Kita perlu ingat, kalau satu-satu pihak menolak

mengenai Imam Mahdi ini, ada ulama-ulama lain yang lebih hebat ilmunya di dunia ini yang

menerima. Ulama-ulama muktabar seperti inilah yang banyak diikuti oleh orang ramai, karena mereka

lebih yakin dengan ilmu mereka dan nama besar mereka itu. Sebab itulah mana-mana pihak pun tidak

boleh membidaah atau menyesatkan pendapat pihak yang satu lagi. Kita patut hormat-menghormati

pendapat orang lain walaupun masing-masing terus berpegang kepada pendapatnya sendiri, yang

dirasakannya lebih sesuai dengan dirinya.

Kita sepatutnya mencari ilmu yang dapat menambah keyakinan kita kepada Allah SWT dan

Rasul-Nya SAW serta agama Islam yang kita cintai dan sayangi ini. Carilah ilmu yang benar, yang suci

dan dapat menambahkan lagi iman kita kepada Allah SWT. Bagaimana hendak mendapatkan ilmu

yang sebegini pada zaman yang sebegini? Hal ini sebenarnya lebih banyak bergantung kepada HATI

kita, tidak lain. Mulakannya dengan mencari takwa kepada Allah, nescaya selepas itu Allah akan

berikan kita ilmu yang yakin, yang tidak pernah kita dapati sebelumnya. Lihatlah nas-nas berikut yang

menceritakan mengenai hal ini.

 

Firman Allah SWT yang maksudnya,

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusannya.”

(At-Talak : 4)

 

Firman Allah SWT yang maksudnya,

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan melepaskannya daripada kesusahan hidup

dan diberikan-Nya rezeki dari sumber-sumber yang tidak terduga.”

(At-Talak : 2 – 3)

 

Firman Allah SWT yang maksudnya,

“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan ajarkan kamu.”

(Al-Baqarah : 282)

 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya,

“Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia ketahui, maka Allah akan mempusakakannya

dengan ilmu yang dia tidak tahu.”

Dengan ilmu yang yakin saja kita akan dapat menentukan mana satu yang benar dan mana

pula yang salah. Dengan itu insya-Allah kita akan selamat daripada memperkatakan sesuatu yang kita

tidak tahu atau sesuatu yang kita tidak yakin atau sesuatu yang kita tidak pernah amalkannya sebelum

ini. Dan dengan ilmu yang yakin itulah juga kita akan diselamatkan di dunia ini dan selamat pula di

akhirat kelak.

Diharapkan juga melalui susunan hadits-hadits dan asar-asar yang sedemikian, iaitu menurut tempat letaknya yang sebenar, akan banyak membantu pembaca dalam memahami dengan lebih tepat akan kisah-kisah mengenai Imam Mahdi ini, dan dengan pemahaman yang lebih baik lagi, sekali gus dapat memahami kedudukan hadits-hadits yang kelihatan pada zahirnya berlawanan antara satu dengan yang lain, dan karena hadits-hadits itu yang sebelum ini berselerakan itulah yang menyebabkan ramai ulama moden dan cendekiawan Islam pada hari ini dengan tergesa-gesa memasukkan hadits-hadits mengenai Imam Mahdi itu ke dalam bakul sampah saja karena mereka tidak memahami erti tersirat di sebalik yang tersuratnya. Itulah harapan besar daripada penulis dan rakan-rakan.

Begitulah secara serba ringkas dicerita dan dihuraikan beberapa perkara mengenai tiga orang tokoh paling penting pada akhir zaman ini iaitu Pemuda Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa AS. Ketiga-tiga orang tokoh inilah yang akan memeriahkan semula penghayatan Islam di kalangan seluruh umatnya dan meninggikan Islam ke tempat yang layak untuknya. Dari situ dapatlah kita lihat betapa saling berkaitnya antara satu tokoh dengan tokoh yang satu lagi, bagaikan tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Tidak akan muncul salah satu daripada mereka melainkan akan muncul ketiga-tiga mereka secara berturut-turut dan akhirnya bersama-sama memerintah seluruh dunia ini. Itulah juga salah satu

maksud sebenar buku ini ditulis, selain dari maksud yang telah dijelaskan pada bahagian Muqaddimah. Sesiapa yang ingin percaya, alhamdulillah; yang tidak mahu menerimanya, tidaklah mengapa pada masa ini. Terimalah buku ini sebagai suatu percambahan pendapat yang menjurus kearah yang positif. Penulis tidak bermaksud untuk menambahkan retak yang sedia menanti belah, sedia hancur yang menanti luluh dan sedia berpecah menanti berkecai. Bukan itu maksud penulis yang sebenarnya. Dalam era pemikiran terbuka pada hari ini, kita bebas menyatakan pendapat dan pandangan. Lagipun apa yang ditulis dalam buku ini adalah suatu yang umum, tidak mengkhusus kepada mana-mana pihak. Penulis hanya melontarkan pandangan penulis yang dirasakan relevan dengan keadaan dan suasana pada masa ini. Oleh itu, sebarang kekurangan, kesilapan, kesalahan dan kejanggalan yang terlalu serius, haraplah dimaafkan saja. Yang demikian adalah karena kelemahan iman penulis sendiri dan jauhnya tautan hati dengan Allah SWT.

sumber:mataram351

The post Al-Mahdi Syiah Akan Ubah Al-Quran Mengikut Ajaran Yah udi! appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2SlQgjd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.