Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sumbang Mahram Remaja 13 Tahun Dengan Kakak Ditahan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sumbang Mahram Remaja 13 Tahun Dengan Kakak Ditahan Polis


KAMPAR - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditahan bagi membantu siasatan kes sumbang mahram hingga menyebabkan kelahiran seorang bayi, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, kakak remaja berkenaan, berusia 15 tahun dilaporkan melahirkan seorang bayi perempuan di tandas rumah mereka di Taman Diawan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati, remaja lelaki yang masih bersekolah itu telah melakukan hubungan seks beberapa kali dengan kakaknya di bilik belakang rumah.

"Kakaknya telah berhenti sekolah sejak di tingkatan dua lagi dan dia tidak mengetahui sedang mengandung kerana tidak mengalami sebarang alahan, keadaan fizikalnya juga tidak disedari ahli keluarga lain.

"Ketika kejadian, mangsa pergi ke tandas untuk membuang air besar tanpa menyedari keluar seorang bayi. Mangsa kemudiannya menjerit memanggil ibunya yang kebetulan berada di dapur untuk memaklumkan kejadian," katanya.

Beliau berkata, remaja lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Katanya, bayi dianggarkan berusia tujuh bulan itu kini dalam pemerhatian pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selepas disyaki mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terhentak di mangkuk tandas.

"Remaja perempuan terbabit dilaporkan kehilangan banyak darah dan sedang dirawat di hospital sama," katanya. sinarharian.com

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ChIVfu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.