Hi! Welcome Back and Stay Tune! PASANG KAMERA PENGESAN HABA KESAN PEROKOK, MALAYSIA PATUT CONTOHI SINGAPURA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PASANG KAMERA PENGESAN HABA KESAN PEROKOK, MALAYSIA PATUT CONTOHI SINGAPURA

KERAJAAN MALAYSIA PATUT MENCONTOHI KERAJAAN SINGAPURA

Hari ini, Malaysia buat kali pertama telah membuat larangan merokok di premis restoran makan dan masih ramai yang enggan mengikuti peraturan itu. Ada juga diantara mereka yang mempersoalkan bagaimana kerajaan dan pihak berkuasa ingin mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang masih berdegil.

Melihat kepada pelaksanaan negara jiran, iaitu Singapura, mereka kini telah dalam perancangan untuk memasang 300 kamera pengesan haba yang mampu menangkap dan mendenda perokok yang degil.

Republik itu sudah pun melaksanakan undang-undang antitembakau paling ketat di dunia dan merokok dilarang di kebanyakan tempat awam, dengan perokok didenda sehingga Sg$1,000 (RM2,974) jika ditangkap.

Rokok elektronik juga dilarang.

Pihak berkuasa kini bercadang memasang kamera pengesan haba canggih yang dapat mengesan apabila seseorang memegang rokok menyala di kawasan larangan merokok, menurut laporan Straits Times.

Kamera berkenaan akan dipasang sekitar kawasan penempatan dan tempat awam lain seluruh Singapura dan juga mampu menangkap ‘tindakan pengotor’ terlarang lain seperti meludah dan membuang sampah.

Singapura mula memperkenalkan undang-undang antitembakau pada 1970-an sebagai sebahagian usaha kerajaan mengurangkan kadar merokok.

Sejak itu, ia meningkatkan bilangan tempat awam yang dijadikan kawasan larangan merokok, termasuk kampus universiti dan di kawasan biasa sekitar blok pangsapuri.

Merokok dalam kereta persendirian dibolehkan, tetapi tidak boleh menurunkan cermin kereta ketika berbuat demikian.

The post PASANG KAMERA PENGESAN HABA KESAN PEROKOK, MALAYSIA PATUT CONTOHI SINGAPURA appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VrYQiC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.