Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Xiaomi Mi Mix 2S Masih Berbaloi Untuk Dibeli Pada 2019? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Xiaomi Mi Mix 2S Masih Berbaloi Untuk Dibeli Pada 2019?

Xiaomi Malaysia telah pun menawarkan Mi Mix 2S sejak daripada bulan Jun 2018 yang lepas. Ketika pengenalan, ia membawakan tanda harga RM1999, tetapi kini, Xiaomi hadir dengan diskaun untuk peranti berkenaan, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM1399. Jadi, pada artikel kali ini, kami berkongsi beberapa sebab kenapa Mi Mix 2S adalah salah satu peranti yang masih berbaloi untuk dimiliki pada tahun 2019 ini.

Spesifikasi Mercu – Snapdragon 845 Dan 6GB RAM

Xiaomi Mi Mix 2S hadir dengan spesifikasi mercu Snapdragon 845 dan memori sehingga 6GB RAM. Ini sekaligus meletakkan ia menawarkan prestasi pemprosesan dan grafik yang tinggi untuk peranti pada hari ini. Dengan spesifikasi tinggi ini juga, anda boleh menggunakan ia untuk tempoh masa yang lebih lama memandangkan ia boleh menjalankan pelbagai aplikasi dan permainan tanpa masalah padanya. Malah, Xiaomi juga turut menawarkan kemaskini Android Pie untuk telefon pintar ini dengan pantas berbanding pelbagai pengeluar lain yang masih belum mengeluarkan kemaskini sama untuk peranti mereka.

Binaan Premium – Berasaskan Seramik

Pada hari ini, kebanyakkan telefon pintar hadir dengan rekaan berasaskan plastik atau polikarbonat pada harga bawah RM1500. Tetapi, Mi Mix 2s pada harga RM1399 menawarkan peranti dengan binaan premium berasaskan seramik. Kerangka utamanya diperbuat daripada aluminium, dengan panel seramik pada bahagian belakang. Dengan binaan ini, ia tampak utuh ditangan dan memberikan keselesaannya yang tersendiri.

Kamera Berkuasa – Setaraf iPhone X

Walaupun pada harga RM1399, Mi Mix 2S menawarkan sokongan rakaman gambar yang sama taraf seperti iPhone X. Melalui skor DXOMark, ia menerima skor sebanyak 97 untuk rakaman gambar dan video – setaraf dengan iPhone X. Malah, ujian kami sendiri memperlihatkan rakaman gambar menggunakan kamera Mi Mix 2S adalah sangat cantik.

Harga Sangat Berbaloi – RM1399

Xiaomi CNY Mi Mix 2s

Pada harga RM1399, boleh dikatakan ia adalah salah satu peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Apatah lagi, ia turut menyertakan ciri-ciri tambahan menarik lain seperti sokongan pengecasan nirwayar, kemaskini Android yang pantas, dan semestinya salah satu yang sangat disukai kami adalah ia hadir dengan rekaan nirbingkai tanpa takuk bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Xiaomi Mi Mix 2S ini pada harga RM1399 untuk tempoh terhad.

Beli : Xiaomi Mi Mix 2s

Penafian: Advertorial Dari Xiaomi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2S6084O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.