Klik-Kanan Pada GMail Versi Web Kini Mempunyai Banyak Fungsi
Selama ini, klik-kanan pada GMail versi web hanya terhad kepada 4 aksi sahaja, iaitu ‘Move to tab’, ‘Archive’. ‘Mark as unread’ dan ‘Delete’. Kini Google dilihat telah menambah kebolehan untuk pengguna banyak membuat perkara pada GMail melalui klik-kanan.
Melalui kemaskini ini, Google telah menambah sebanyak 8 aksi tambahan yang mana kini memberi pengguna sebanyak 12 aksi berbeza untuk dilakukan pada GMail dengan hanya klik-kanan. Pengguna kini boleh membalas, memanjangkan semula emel, snooze, senyapkan notifikasi sesuatu emel, buka emel ke tab baru dan banyak lagi.
Fungsi ini dilihat akan diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna dan bukan terhad kepada pengguna GSuite. Ia sudah pun mula diedarkan sejak 11 Februari dan ada pengguna yang akan terima bermula 22 Februari. Atas percubaan saya, saya masih belum terima lagi.
Ini adakah satu fungsi yang agak menarik, selain memudahkan seseorang untuk melakukan kerja-kerja emel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SuUfOU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment