Hi! Welcome Back and Stay Tune! Markah Penanda Aras Menunjukkan Samsung Galaxy S10+ Sedikit Di Belakang iPhone XS Max - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Markah Penanda Aras Menunjukkan Samsung Galaxy S10+ Sedikit Di Belakang iPhone XS Max

Ketika artikel ini ditulis, telefon pintar dengan markah penanda aras Geekbench 4 tertinggi ialah iPhone XS Max. Ia dengan mudah meninggalkan peranti Android terhampir di belakang. Malahan iPhone X yang telah berusia lebih setahun masih lagi mempunyai markah penanda aras yang lebih tinggi berbanding peranti Android dengan pemproses Snapdragon 845. Exynos 9810 dan Kirin 980.

Markah penanda aras awal untuk Samsung Galaxy S10+ telah muncul di senarai Geekbench 4 hari ini. Berita baik di sini ialah peranti dengan cip Exynos 9820 mencatatkan 4477 markah dalam ujian satu teras dan 10444 markah untuk ujian multi-teras. Ini meletakkannya di hadapan iPhone X (4214/10150) tetapi masih di belakang iPhone XS Max (4797/11267).

Beberapa markah awal Galaxy 10+ yang menggunakan Snapdragon 855 dan Exynos 9820 sebelum adalah jauh lebih rendah. Dengan pelancaran semakin hampir, pengoptimasian telah dilakukan bagi mendapatkan markah lebih tinggi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2MQCSSz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.