Xiaomi Mempatenkan Skrin Dengan Dwi-Lubang Kamera
Apakah inovasi seterusnya dalam dunia telefon pintar? Tahun lalu kita melihat peranti dengan takuk kecil dan lubang kamera pada skrin bagi menyelesaikan masalah takuk yang agak besar. Tahun ini mungkin kita akan melihat pula telefon pintar dengan dwi-lubang pada skrin. Ini adalah berdasarkan paten yang telah dianugerahkan kepada Xiaomi oleh WIPO.
Empat rekaan lubang pada skrin kini milik mereka. Satu rekaan meletakkan dua lubang pada dua bucu atas kanan skrin. Sebuah lagi paten dengan orientasi yang sama cuba lubang digantikan pula dengan takuk kecil “titisan air” yang dipelopori oleh Essential. Paten ketiga mempamerkan dua butang berbentuk bujur. Akhir sekali ialah paten dengan sebuah lubang pada bahagian tengah untuk pembesar suara. Tidak mengejutkan jika rekaan ini akhirnya digunakan pada peranti sebenar dalam masa terdekat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TEOzi5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment