Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Disaman Kerana Dituduh Menyebabkan Pengecas Lama Tidak Lagi Beroperasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Disaman Kerana Dituduh Menyebabkan Pengecas Lama Tidak Lagi Beroperasi

Bak kata mendiang Notorious B.I.G, “lagi banyak wang, lagi banyak masalah”. Ini adalah yang berlaku kepada Apple sejak ia menjadi syarikat yang mempunyai nilai tertinggi di dunia tahun lalu. Mereka sekali lagi disaman dan kali ini adalah kerana isu melibatkan kemas kini sistem operasi yang didakwa menyebabkan pengecas lama tidak lagi boleh digunakan.

Saman difailkan oleh Monica Emerson di California semalam. Menurut wanita ini, iPhone 7 yang dibeli pada tahun 2016 tidak lagi boleh dicas menggunakan sebuah pengecas rasmi Apple pada Oktober 2017. Notifikasi yang mengatakan ia tidak lagi disokong terpapar pada skrin peranti.  Beliau berkata terdapat ribuan pengguna Apple yang turut mengalami masalah yang sama sehingga terpaksa membeli pengecas baharu. Saman bernilai $5 juta (~RM 21 juta) difailkan kerana Apple dituduh melakukan pengiklanan palsu, amalan perniagaan yang tidak adil, penipuan, dan pelanggaran undang-undang California.

Secara peribadi kami tidak mengalami masalah ini pada iPhone 7 yang telah dikemaskini ke  iOS 12 dan masih menggunakan pengecas asal yang disertakan di dalam kotak. Kadang kala notifikasi pengecas tidak disokong berlaku kerana port atau kepala pengecas yang kotor. Ia turut akan muncul jika anda tidak menggunakan kabel yang melepasi piawaian MFi Apple. Kabel dan pengecas yang asli adalah perlu bagi mengelakkan kerosakan pada peranti atau dalam kes lebih serius letupan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2REGjwp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.