Hi! Welcome Back and Stay Tune! Untuk RM2,500 sebulan, anda pilih BMW atau rumah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Untuk RM2,500 sebulan, anda pilih BMW atau rumah?

Topik kereta dan rumah ni seringkali menjadi perbualan hangat dan dilema masyarakat kita terutama anak muda hari ini.

Bahkan dalam media sosial harini pun kita dapat lihat betapa hangatnya perdebatan ni. Jadi hari ini kita akan lihat dan rungkai dengan lebih terperinci perkara ini.

Dengan komitmen bulanan RM2,500 sebulan, kereta atau rumah?

Ikuti pandangan daripada bro Edward Tagnipis tentang perkara ni.

——————————————————————————————————————————————————–

Ada satu perkara yang saya ketahui iaitu jangan menganggar latar belakang seseorang berdasarkan kereta yang dipandunya.

Saya ada kenalan yang mempunyai aset bernilai RM 10 juta dan hanya pandu Toyota. Saya juga ada kenalan yang bank akaun hampir kosong tapi pandu Merc C-Class.

Tapi tujuan utama tulisan saya ni bukanlah pasal kereta, saya nak fokuskan kepada soalan adakah kita patut beli kereta mewah walaupun kita mampu atau beli hartanah bagi tujuan pelaburan?

Sekadar contoh, andainya anda mampu memberi komitmen bulanan sebanyak 2.5k sebulan, anda sudah mampu bermain dengan stereng BMW.

Jadi soalannya, untuk komitmen 2.5k bulanan, apa jenis kereta mewah yang kita boleh beli atau apa jenis hartanah yang kita mampu ‘tapau’?

Perbandingan seperti ini kedengarannya agak kurang adil, tapi mari kita teliti dahulu.

Kereta dengan komitmen bulanan 2.5k selama 9 tahun, anda layak untuk dapatkan BMW 330e yang berharga 250k.

Selepas tempoh 9 tahun pembayaran, kereta BMW anda akan mengalami susut nilai sebanyak beberapa peratus dan secara kasarnya, selepas 9 tahun kereta anda hanya bernilai 40k.

Berapa peratus kerugian tu? Huhu saya tak suka patahkan semangat orang, anda kiralah sendiri.

Kalau anda pilih hartanah yang memerlukan komitmen bulanan yang sama dengan BMW tadi, anda dah cukup layak untuk memiliki pelaburan hartanah bernilai 500k (tapi sudah pasti anda harus mengkaji dan mengenalpasti dahulu rumah yang dibeli adalah gred rumah yang baik berdasarkan faktor-faktor yang akan menaikkan nilai hartanah tersebut).

Lepas 9 tahun (sama seperti BMW tadi), hartanah yang anda beli tadi sudah memiliki peningkatan harga dalam pasaran dan kebarangkalian harganya untuk menjadi 2 kali ganda dari harga asal sangat tinggi.

Lepas 9 tahun, anda sudah memiliki aset bernilai 1 Juta Ringgit.

Jadi, mana yang anda akan pilih?

Kalau ikutkan darah muda yang tak sabar, mestilah BMW kan huhuhu..tapi baca balik, kalau anda pilih kereta, lepas 9 tahun anda hanya memiliki sebuah BMW tua yang hanya bernilai 40k di pasaran semasa.

Kalau pilih rumah, anda sudah mempunyai pegangan aset bernilai 1 Juta yang kukuh.

Anda nak enjoy 9 tahun saja, atau enjoy lepas 9 tahun sampai bila-bila?

Tapi sebenarnya tidak ada jawapan mudah untuk persoalan ini. Anda harus muhasabah dan tanya diri anda sendiri. Kalau anda perlukan BMW untuk tujuan imej dan sebagai daya penarik untuk bisnes anda, teruskan. Tapi kalau sekadar nak menunjuk dan tercabar dengan rakan-rakan anda yang lain, anda sudah melepaskan peluang untuk memiliki hartanah bernilai 1 Juta selepas 9 tahun..

Sanggup?

Apa pun, semoga anda buat keputusan yang tepat dan sesuai dengan matlamat hidup anda.

Ingat tak tadi saya ada sebutkan ini adalah perbandingan yang kurang adil?

Ia tidak adil kerana untuk rumah yang anda beli anda  tidak membayar komitmen bulanan bank dari poket sendiri.

Ianya kerana anda ada kebijaksanaan dan kemampuan berfikir untuk memilih pelaburan hartanah gred baik, itu bermakna sewa yang diterima cukup untuk bayaran bulanan bank.

Itu bermakna bayaran bulanan bank bukan dibayar oleh anda sendiri tetapi oleh orang lain.

Eh, habis tu siapa yang bayarkan?

Penyewa anda.

__________________________________________________________________________

Sumber asal dalam Bahasa Inggeris daripada Edward Tagnipis yang merupakan mentor hartanah dan pengajar hartanah yang berpusat di Pulau Pinang.

Anda boleh mengikutinya di Facebook untuk tips hartanah dan analisa hartanah. 

 

The post Untuk RM2,500 sebulan, anda pilih BMW atau rumah? appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GOtxdJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.