Hi! Welcome Back and Stay Tune! ALASAN 'PRIVATE PARTY' MENGHALALKAN MAJLIS BERKONSEPKAN KEMALUAN LELAKI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ALASAN 'PRIVATE PARTY' MENGHALALKAN MAJLIS BERKONSEPKAN KEMALUAN LELAKI

ALASAN 'PRIVATE PARTY' MENGHALALKAN MAJLIS BERKONSEPKAN KEMALUAN LELAKI. Semalam ternampak perkongsian gambar dari sebuah majlis tertutup tak tahu majlis untuk majlis apa tapi memang agak menjelikkan la. Dalam majlis tu nampak ramai juga perempuan menutup kepala atau kita panggil bertudung la kan.. Tak kisah la depa nak berparti. Yang hadir kat party tu nampak kaum wanita je & ada yang bawa anak jugak. Maybe ladies party je kot..

Cuma yang tak best konsep party tu tak berapa sedap mata memandang. Ada bekas minuman yang berbentuk kemaluan lelaki & beberapa prop lain juga berbentuk alat sulit kebanyakkan milik lelaki la. & perempuan perempuan kat party tu kemain riang gembira bergurau senda dengan barang2 yang berbentuk kemaluan lelaki tu. Bila jadi viral.. Macam biasa alasan depa.. private party so tak salah pun.

Walaupun private party tapi bila gambar tu di kongsikan di media sosial dia dah tak jadi private. Benda tu akan di tonton ramai manusia. Perkara perkara macam ni of course la akan jadi viral nak nak lagi party tu nampak macam di hadiri kaum perempuan yang berbangsa melayu & Islam. Memang tak manis sebab satu ada di antara mereka berpenampilan muslimah & kedua semuanya kaum wanita. Seolah olah perempuan melayu sekarang dah hilang 'kemaluan' dalam diri mereka.

Tak tau la apa yang best anjurkan party yang berkonsepkan macam tu.. Dok guna prop prop atau barang barang yang berbentuk alat sulit kemudian dok posse ala ala ghairah macam tu.. Alah, tak nampak urban sangat pun. Zaman social media ni.. Bila dah jadi viral muka hangpa tersebar sana sini memang susah dah nak buang dari carian di internet. Nak salahkan orang menyebarkan aib hangpa tapi hangpa sendiri yang mengaibkan diri sendiri dulu. Benda macam ni takkan tersebar kalau tak ada perkara tu di buat. So nak elakkan dari menjadi aib.. jangan buat. Simple je.

Tak nampak ada manafaat kat mana mana pun benda benda macam ni. Malah dia boleh bagi contoh buruk pada budak budak yang sedang nak membesar. Bayangkan anak anak hangpa yang kecik kecik tu di bawa ke parti macam tu lepas tu dok tengok mak mak depa beraksi tak senonoh dengan barang2 berbentuk kemaluan lelaki tu. Tak ke ia menjadi contoh yang tak baik. Bila anak hangpa buat benda tak senonoh seawal usia.. mula nak mengelabah. Kesian aktivis sosial Syed Azmi nak handle masalah masalah macam ni yang semakin berleluasa.

Nak berparti tu.. berparti la cara sihat kan. Yelah manusia memang perlukan hiburan juga sekali sekala. Kita bukan patung cuma berhibur jangan la sampai melampau lampau. Rasanya tak buat parti parti macam tu pun enjoy jugak. Jumpa kawan kawan.. makan makan.. bergambar & beraktiviti. Banyak konsep parti yang lebih manis untuk di pilih.. kenapalah konsep macam tu juga nak buat.

Apapun yang berlaku dah berlaku.. So ambil pengajaran je la. Kita kita yang tak pernah terlibat dengan parti macam tu pun kena alert. Mana tau tak kita yang buat anak anak kita yang buat tanpa pengetahuan kita kan. So, apa yang berlaku sebenarnya untuk teladan kita bersama.

Moral of the story.. Sedut minuman dalam bekas minuman berbentuk kemaluan lelaki tu rasa dia jadi bertukar ke? Tanya jer.. apa nikmat minum air dalam bekas bekas bentuk macam tu. hahahaha. jadi ghairah ke?

✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TV4ay9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.