Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Negara Pasifik Barat Pertama Menghalang Transmisi HIV Dan Sifilis Dari Ibu Ke Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Negara Pasifik Barat Pertama Menghalang Transmisi HIV Dan Sifilis Dari Ibu Ke Anak

Terdapat banyak stigma yang terpaksa dihadapi penghidap penyakit HIV dan sifilis di Malaysia. Mereka kerap disisihkan keluarga dan dianggap jijik. Tetapi menerusi perkembangan teknologi sains perubatan, stigma ini sedikit demi sedikit berjaya dihapuskan. Terkini Malaysia menjadi negara pertama di kawasan Pasifik Barat yang berjaya menghalang tranmisi jangkitan HIV dan sifilis dari ibu ke anak menurut laporan WHO.

Ini adalah kerana usaha Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 1998 memberikan rawatan anti retroviral (ART) percuma kepada ibu yang menghidap HIV dan sifilis. Tanpa rawatan ART ketika hamil, kebarangkalian jangkitan HIV dipindahkan adalah di antara 15-45%. Tanpa rawatan sifilis ketika hamil pula boleh mengakibatkan keguguran, lahir mati dan mengalami masalah kesihatan seumur hidup.

Kejayaan Malaysia ini amat membanggakan kerana kita adalah antara terawal yang mengambil inisiatif memberikan akses kepada saringan HIV ketika hamil. Sejurus selepas ia dikesan, akses kepada rawatan diberikan percuma tidak seperti di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat. Hasilnya ialah bayi bukan sahaja bebas dari penyakit yang berbahaya ini malah dapat hidup tanpa stigma masyarakat.

Pelbagai kajian yang dilakukan bagi menentang wabak HIV kini mendatangkan kesan. Ia kini bukan lagi dianggap sebagai hukuman mati kepada penghidap. Terdahulu kajian rawatan ART didapati dapat menghalang pemindahan virus HIV dari pesakit homoseksual kepada pasangan walaupun mereka melakukan hubungan seks tanpa pelindungan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HTLs0Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.