Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Galaxy Note 10e – Mungkin Akan Menyertakan Bateri 3400 mAh
Iterasi Galaxy Note seterusnya dijangka akan hadir dengan sejumlah penawaran berbeza seumpama siri Galaxy S10. Perkara ini termasuk dari segi penawaran model asas, yang mana bakal dikenali sebagai Samsung Galaxy Note 10e.
Beberapa individu daripada GalaxyClub.nl telah menjumpai nombor model bateri, yang dipercayai berkait rapat dengan penghasilan Galaxy Note 10e. Pada bulan lalu, pencarian yang serupa juga telah mewujudkan kemungkinan Note 10 Pro, melalui kehadiran bateri berkapasiti 4500 mAh.
Samsung Galaxy Note 10 sebelum ini dijangka akan menyertakan paparan sebesar 6.28-inci, sementara Galaxy Note 10 Pro akan hadir dengan paparan 6.75-inci. Seperti Galaxy 10e, model Note 10e ini mungkin akan membawa saiz yang lebih kecil dengan resolusi Full HD+.
Sekiranya Galaxy Note 10e benar-benar dihasilkan, Samsung nampaknya ingin membolehkan orang ramai mendapatkan siri Galaxy Note pada harga yang lebih berpatutan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Samsung dijangka akan melancarkan siri Galaxy Note pada sekitar suku ketiga tahun ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WvESah
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment