Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terlupa Kata Laluan ? Tutorial Cara Reset Password CIMB Click 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terlupa Kata Laluan ? Tutorial Cara Reset Password CIMB Click 2019

Terlupa kata laluan cimb online banking anda ? Jangan risau, anda masih boleh akses ke akaun CIMB online banking anda dengan cara reset password CIMB click terlebih dahulu !

Walaubagaimanapun, kali ini anda mesti mencatatkan atau merekodkan kata laluan cimb clicks anda terlebih dahulu untuk kebaikan anda juga.

Sebelum itu anda perlu sediakan:

  1. Kad Debit/Kredit CIMB Bank

Butir-butir peribadi ini diperlukan sebagai pengesahan semasa proses reset password CIMB Clicks anda.

Sila ikut langkah-langkah berikut untuk proses reset kata laluan @ password CIMB Clicks:

1. Laman Sesawang Rasmi CIMB Clicks

Pergi ke laman sesawang CIMB Clicks, kemudian pilih butang Login to CIMB Clicks.

2. Forgot User ID or Password

Selepas butang login dipaparkan, sila klik “Forgot User ID or Password“. Anda akan dibawa ke halaman seperti dalam gambar berikutnya.

3. How did you register for CIMB Clicks ?

Sila tekan butang dropdownHow did you register for CIMB Clicks ?“. Kemudian paparan seperti dalam langkah 4 berikutnya dipaparkan.

4. CIMB ATM/Debit/Credit Card

Sila pilih “CIMB ATM/Debit/Credit Card. Kemudian anda akan dibawa ke halaman berikutnya seperti dalam langkah 5.

5. Pengisian maklumat Kad Debit/Kredit

Pada halaman ini, anda perlu mengisi maklumat kad debit/kredit anda seperti berikut:

  • CIMB ATM/Debit/Credit Card Number : 16 Digit Nombor Kad Debit/Kredit

Penting: Jika sebelumnya anda mendaftar CIMB Click menggunakan kad debit, sila rujuk 16 Digit nombor kad debit tersebut. Begitu juga jika menggunakan kad kredit.

  • ATM PIN: Masukkan no ATM PIN kad debit/kredit anda (biasanya nombor 6 digit)
  • Masukkan perkataan yang dipaparkan dalam gambar.
  • Sila klik ( / ) pada bahagian “Term and Conditions”

Selesai mengisi 4 maklumat dalam langkah 5, klik butang “Next”.

Anda akan dibawa ke paparan berikutnya ( Langkah 6 ).

6. New Password

ID CIMB Clicks anda akan dipaparkan.

Pada paparan ini, anda perlu memasukkan Password baru anda. Kombinasi password mestilah:

  • Sekurang-kurangnya 8 aksara
  • Kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contohnya: Ahmad432&*
  • Nombor tidak boleh berurutan. Contoh: Ahmad123&*

Masukkan kata laluan anda pada kedua-dua ruang new password dan confirm password.

7. Request For TAC

Pastikan kedua-dua password yang dimasukkan adalah sama. Jika password anda sama dan memenuhi syarat maka tanda ( / ) akan berwarna hijau, jika sebaliknya tanda ( x ) berwarna merah akan dipaparkan.

Selepas melakukan pengisian password (kata laluan) baru, sila klik butang “Request for TAC“. Kemudian anda akan dibawa ke paparan berikutnya ( langkah 8 ).

8. Dapatkan TAC Nombor

Sila klik butang “Request TAC“.

6 digit nombor akan dihantar ke telefon bimbit anda melalui sistem “SMS”.

Masukkan 6 digit nombor yang diperolehi itu ke ruangan “ENTER TAC“.

Proses penukaran/reset kata laluan atau “Password” anda kini selesai. Sekali lagi diingatkan agar anda merekodkan password baru anda.

Anda kini boleh login semula ke akaun CIMB Clicks Online Banking anda menggunakan kata laluan yang baru dibuat sebentar tadi.

 

The post Terlupa Kata Laluan ? Tutorial Cara Reset Password CIMB Click 2019 appeared first on InfoSantai.



✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DOeVZ3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.