Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Microsoft Office Tidak Akan Disokong Pada Android Lollipop Dan Ke Bawah Bermula 1 Julai 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Microsoft Office Tidak Akan Disokong Pada Android Lollipop Dan Ke Bawah Bermula 1 Julai 2019

Microsoft sedia menawarkan Microsoft Office kepada peranti mudah-alih dalam memudahkan pengguna menyunting fail dokumen ketika bergerak. Namun pada hari ini, Microsoft telah menyenaraikan beberapa sistem operasi yang bakal ditamatkan untuk sokongan Microsoft Office ini.

Melalui halaman keperluan sistem terkini, Microsoft Office akan disokong pada 4 versi Android sahaja selepas 1 Julai, iaitu Android Marshmallow, Nougat, Oreo, dan Pie. Bermakna selepas daripada tarikh ini, pengguna Android Lollipop dan ke bawah tidak dapat menerima kemaskini Microsoft Office yang terkini.

Walau bagaimanapun, pengguna Android KitKat dan Lollipop masih berpeluang untuk menerima kemaskini Microsoft Office secara berterusan sehingga bulan Jun ini. Selepas 1 Julai, pengguna boleh terus menggunakan Microsoft Office, namun tiada kemaskini yang akan diberikan untuk fungsi baru dan perlindungan sekuriti.

Menurut halaman penggunaan Android daripada Google, Android 4.4 KitKat dan Android 5 Lollipop mempunyai penggunaan sekitar 21.4%, dan dijangka akan terus menurun dalam tempoh terdekat. Jadi bagi pengguna yang ingin menikmati pengalaman Microsoft Office terkini, pengguna disarankan untuk beralih ke peranti Android yang sekurang-kurangnya menjalankan Android Marshmallow dan ke atas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2EQ2X1l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.