Apple Dilaporkan Membatalkan Penggunaan Kamera Titik Kuantum Kerana Kos Yang Tinggi
Sebelum kedengaran ura-ura Apple akan menggunakan kamera dengan teknologi titik kuantum (quantum dot) yang memberikan kemampuan yang lebih baik berbanding sensor CMOS sedia ada. Hari ini menurut laporan The Telegraph, Apple membatalkan hasrat menggunakan teknologi kerana kos yang terlalu tinggi.
Firma Nanoco yang menghasilkan sensor titik kunatim dari UK mengumumkan pembatalan kontrak bernilai $17 juta Jumaat lalu dari sebuah syarikat dari Amerika Syarikat. Sumber Telegraph mengatakan syarikat tersebut adalah Apple. Satu kekurangan sensor CMOS ialah ia hanya menangkap 25% cahaya yang menembusi lensa kamera. Teknologi titik kuantum membenarkan 100% cahaya dikesan oleh sensor sekaligus meningkatkan kualiti imej gambar yang diambil. Jadi untuk masa terdekat pengguna peranti pintar perlu berpuas hari dengan teknologi sensor CMOS sahaja buat masa ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ZNL2AA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment