Google Stadia Tidak Akan Menyokong Android TV Buat Masa Ini
Beberapa hari yang lepas, Google telah kongsikan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan penstriman permainan video mereka, Stadia. Stadia mempunyai beberapa pakej langganan seperti Stadia Pro yang perlu dilanggan pada harga $9.99 sebulan, Stadia Base yang percuma dan juga Stadia Founder’s Edition yang lebih premium.
Perkhidmatan penstriman permainan video ini boleh distrim melalui komouter riba, Chromebook, peranti-peranti Pixel, Android TV dan juga melalui Chromecast – ketika mereka memperlihatkan demo pada awal pelancaran beberapa bulan lalu. Namun, kelak apabila Stadia sedia digunakan oleh umum – ia tidak akan menyokong Android TV. Jadi, pengguna tetap memerlukan Chromecast Ultra jika ingin bermain permainan melalui Stadia. ‘
Kemudian untuk Stadia Base, Google tetap menyertakan sokongan multi-pemain untuk memudahkan lagi para pelanggan. Menarik sekali, Google turut memberi pilihan untuk pengguna membayar langganan kepada pengeluar permainan – jika inginkan akses kepada senarai permainan yang mereka berikan, jika tidak ingin melanggan secara bulanan melalui Google. Konsep ini adalah seakan EA, Origin Access.
Google Stadia sememangnya satu ‘konsol’ yang menarik. Cuma, sayang sekali ia tidak hadir untuk pengguna di Malaysia. Jika kita lihat kembali perkhidmatan-perkhidmatan Google atau produk Google, banyak sahaja yang tidak masuk ke Malaysia. Jadi, jangan berikan harapan yang tinggi yang ia akan hadir ke Malaysia dalam masa terdekat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2K5SCCM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment