Steam Akan Menamatkan Sokongan Untuk Ubuntu 19.10 Dan Seterusnya
Beberapa hari yang lepas, kita telah mendengar laporan mengenai pihak pembangun Ubuntu yang akan menamatkan sokongan untuk 32-bit. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Valve mengatakan mereka tidak lagi akan menyokong Ubuntu 19.10 dan seterusnya secara rasmi.
Valve sebelum ini telah menawarkan sokongan untuk Linux dan juga Ubuntu sejak 2012 yang lepas, dan pengumuman baru ini semestinya mengejutkan ramai pihak – apatah lagi Ubuntu merupakan antara sistem operasi berasaskan Linux yang popular.
Ubuntu 19.10 and future releases will not be officially supported by Steam or recommended to our users. We will evaluate ways to minimize breakage for existing users, but will also switch our focus to a different distribution, currently TBD.
— Pierre-Loup Griffais (@Plagman2) June 22, 2019
Pengumuman daripada pihak Valve ini hadir kerana Ubuntu 19.10 dan terbaru kelak tidak akan menyertakan sokongan 32-bit, sekaligus menjadikan sejumlah perkara tidak boleh dijalankan dengan lancar. Apatah lagi, kebanyakkan permainan yang tidak hadir dengan sokongan 64-bit jarang dikemaskini – membuatkan ia tidak boleh dimainkan dengan baik pada sistem 64-bit.
Buat masa ini, sokongan untuk Ubuntu 18.04 LTS dan sebelumnya masih diteruskan seperti biasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YaNpwW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment