Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Telah Menggantung Pembangunan Kaca Mata Realiti-Terimbuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Telah Menggantung Pembangunan Kaca Mata Realiti-Terimbuh

Ura-ura Apple akan melancarkan kaca mata pintar mula kedengaran pada tahun 2017 selepas mereka mengambil alih SensoMotoric Instruments dan kemudiannya Akonia Holographics. Ini dilihat sebagai usaha Apple untuk tidak ketinggalan di belakang Google dan Microsoft yang telahpun melancarkan kaca mata pintar mereka. Penganalisa meramalkan kaca mata Apple akan dilancarkan seawal 2020. Tetapi menurut laporan DigiTimes, Apple telahpun menggantung pembangunan kaca mata realiti-terimbuh mereka sejak May lalu.

Memetik sumber dalaman, pasukan yang membangunkan kaca mata realiti-terimbuh kini telah diberikan tugasan lain di Apple. Penggantungan projek ini dipercayai adalah hanya untuk sementara. Adalah dipercayai keputusan diambil selepas beberapa prototaip awal yang dihasilkan adalah terlalu berat, tidak boleh menyertakan sokongan 5G dan kesukaran menghasilkan kandungan untuknya pasca pelancaran. Pembangunan mungkin akan disambung apabila teknologi yang lebih matang mula dihasilkan.

Pada bulan Januari lalau ketua pembangunan realiti-terimbuh Apple Avi Bar-Zeev meninggalkan syarikat. Beliau sebelum ini berkhidmat di Microsoft dan adalah antara pereka HoloLens. Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penggantungan projek ini. Tim Cook pada tahun 2016 mengatakan arena realiti-terimbuh boleh menjadi salah satu platform yang lebih besar selepas melihat kejayaan Pokemon Go.

Tahun ini Vivo telah memperlihatkan kaca mata realiti-terimbuh mereka di  MWC Shanghai. Ia masih terlalu besar, berat dan panas untuk digunakan. Huawei juga melancarkan kaca mata pintar mereka Februari lalu yang sehingga kini masih belum ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Sumber Digitimes menerusi VentureBeat



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YN0Jbb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.