Hi! Welcome Back and Stay Tune! Asus ROG Phone 2 Dijangka Menjadi Antara Telefon Terawal Berasaskan Snapdragon 855+ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Asus ROG Phone 2 Dijangka Menjadi Antara Telefon Terawal Berasaskan Snapdragon 855+

Qualcomm telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 855+ (855 Plus) secara rasminya pada malam tadi, dan kini pihak Asus memperlihatkan yang mana mereka akan menjadi antara terawal menggunakan cip pemprosesan berkenaan.

Asus dijangka memperkenalkan ROG Phone 2 memfokuskan permua pada minggu hadapan, dan cip pemprosesan terbaru Qualcomm ini dilihat melengkapkan lagi penawarannya. Qualcomm telah mengatakan yang mana cip terbaru ini menawarkan prestasi grafik lebih 15% berbanding versi sebelum ini – sekaligus menawarkan pengalaman permainan lebih baik pada peranti mudah-alih.

Sebelum ini, ketika pengenalan ROG Phone generasi pertama juga, pihak Asus hadir dengan penawaran telefon pintar yang menggunakan cip Snapdragon 845 yang sedikit lebih berkuasa tinggi berbanding versi kebiasaan.

Asus bakal memperkenalkan ROG Phone 2 secara rasminya pada 23 Julai 2019 kelak, dimana selain sokongan cip pemprosesan, ia turut dijangka menawarkan sokongan khusus permua yang lain bersama dengannya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2k43tBJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.