Honor Band 5 Dilancarkan Dengan Sensor SpO2 Dan Bateri Sehingga 20 Hari
Semalam Honor 9X dan Honor 9X Pro dilancarkan di China. Pada acara yang sama dua versi penjejak kesihatan Honor Band 5 turut diperlihatkan. Seperti model tahun lalu, Honor Band 5 mengekalkan rekaan skrin dan tali yang nipis yang membuatkannya selesa dipakai ketika bersenam.
Honor Band 5 hadir dengan skrin sesentuh 0.95″ AMOLED beresolusi 120×240 pixel. Dengan sekali caj bateri sebesar 100 mAh boleh beroperasi sehingga 20 hari atau sehingga 6 hari jika nadi dijejak sepanjang masa. Terdapat sebuah pengimbas nadi dan juga sensor SpO2 yang mengesan tahap kepekatan oksigen dalam darah SpO2. Selain itu ia turut boleh menjejak aktiviti sukan seperti berenang, mesin mengayuh, berbasikal dan berlari.
Akhir sekali setiap Honor Band 5 mempunyai kemampuan kalis air sehingga kedalaman 50 meter. Di China model biasa dijual pada harga RMB 189 (~RM 113) manakala model dengan NFC pula dijual pada harga RMB219 (~RM 131).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JXzRPy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment