Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jualan Cip AMD Ryzen Terus Mengatasi Intel Untuk Pasaran Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jualan Cip AMD Ryzen Terus Mengatasi Intel Untuk Pasaran Asia

Intel pada sebelum ini mungkin selesa dengan kedudukan mereka dalam arena pengkomputeran. Namun sejak pelancaran AMD Ryzen pada awal 2017, kedudukan Intel mula goyah disebabkan penawaran cip Ryzen yang lebih bernilai untuk pengguna. Melalui perkongsian statistik terbaru daripada Danawa Research, jualan cip AMD Ryzen memperlihatkan peningkatan yang ketara dari segi jualannya di Asia.

AMD semakin diterima pengguna pada saat ini berikutan daripada pelancaran cip generasi ketiga Ryzen 3000 dengan binaan 7nm. Mereka juga baru sahaja melancarkan melancarkan GPU berasaskan Navi 7nm yang mana dapat memberi penggunaan berkuasa pada harga yang lebih mampu milik.

Sewaktu ia dilancarkan di Asia, siri cip AMD Ryzen 3000 memperlihatkan peningkatan jualan yang positif iaitu sebanyak sebanyak 48.72%. Pada hari kedua, ia telah berjaya mengatasi jualan Intel dengan angka sebanyak 52.36%, berbanding Intel yang mencatatkan jualan sebanyak 46.64%. Melalui kajian yang sama, sebanyak 76.95% pengguna juga lebih berminat untuk mencari maklumat mengenai AMD Ryzen, berbanding Intel yang hanya mampu meraih angka sebanyak 23.05%.

Cip AMD Ryzen generasi ketiga hadir dengan microarchitecture Zen 2 yang lebih hebat, dengan memberi peningkatan kuasa lebih besar berbanding Zen+ pada siri Ryzen 2000 sebelum ini. Selain mempunyai perubahan daripada binaan 12nm ke 7nm, cip ini turut menerima peningkatan dari segi clock speed dan penggunaan tenaga yang lebih efisien – sekaligus memberi nilai yang hebat berbanding cip keluaran Intel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JUCuS3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.