Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lamborghini Mengurangkan Jualan Kereta Bagi Mengekalkan Keeksklusifan Jenama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lamborghini Mengurangkan Jualan Kereta Bagi Mengekalkan Keeksklusifan Jenama

Mengikut sejarah, syarikat Lamborghini mula menghasilkan kereta berprestasi tinggi selepas dihina oleh Enzo Ferrari. Sebelum menghasilkan kereta, Lamborghini menghasilkan jentolak untuk kegunaan industri pertanian. Sehingga kini persaingan di antara dua syarikat masih lagi sengit. Bagi memastikan jenama mereka kekal eksklusif, Lamborghini mengumumkan akan mengurangkan jumlah kereta yang dihasilkan setahun.

Lamborghini Alpha OneBermula tahun 2020, Lamborghini akan hanya menghasilkan 8000 kereta setahun. Jumlah ini akan meningkat ke 10,000 sekiranya empat moden kereta diperkenalkan pada tahun tersebut. Pada separuh tahun pertama 2019. Lamborghini berjaya menjual 4553 kenderaan. Menarik sekali ialah 2693 unit yang terjual ialah SUV mereka Urus dengan model kedua paling popular ialah Huracan Couple dengan 1211 unit.

Menjelang 2025, Lamborghini akan hanya menghasilkan kenderaan hibrid bagi mengurangkan pencemaran karbon dioksida. Pengumuman ini menyebabkan ramai peminat membeli kenderaan klasik mereka yang masih menggunakan enjin petrol konvensional.

Sejak setahun lalu Lamborghini turut bekerjasama dengan Oppo dalam menghasilkan peranti edisi khas. Bagi kebanyakan pengguna, peranti seperti Oppo Find X Lamborghini Edition adalah cara paling mampu milik memiliki produk berjenama Lamborghini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YNOhHS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.