Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prototaip Kereta Terbang Pertama Negara Akan Diperlihatkan Oktober Depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prototaip Kereta Terbang Pertama Negara Akan Diperlihatkan Oktober Depan

Pada Mac yang lalu model kereta terbang Vector oleh syarikat Aerodyne diperlihatkan di acara LIMA 2019. Kereta terbang yang mampu membawa dua penumpang ini mendapat perhatian ramai kerana ia yang pertama dibangunkan oleh syarikat tempatan. Bagi yang menantikan model menjadi realiti, prototaip pertama akan diperlihatkan seawal Oktober depan.

Ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menjawab soalan di Parlimen semalam. Menurut beliau pembangunan kereta terbang pertama negara adalah diusahakan oleh syarikat swasta tanpa penglibatan dana kerajaan.

Turut diumumkan ialah kerajaan sedang memainkan peranan sebagai fasilitator dalam membangunkan ekosistem industri mobiliti udara, terutama dari segi merumuskan dasar, peraturan dan sokongan industri tempatan untuk memenuhi keperluan dalam membangunkan industri. Peraturan perlu diwujudkan bagi mengenalpasti ruang udara yang boleh digunakan kereta terbang dan dron di masa hadapan. Ini dilakukan dengan perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LzPnTR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.