Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Dari Malaysia Menghasilkan Daging Khinzir Tiruan Berasaskan Sayuran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Dari Malaysia Menghasilkan Daging Khinzir Tiruan Berasaskan Sayuran

Penternakan haiwan pada skala komersial mendatangkan banyak kesan negatif pada alam sekitar. Najis dari ladang khinzir komersial mencemarkan sungai dan gas metana dari lembu menyumbang kepada pemanasan global. Haiwan di ladang-ladang ini juga tidak dilayan dengan baik dengan video menunjukkan mereka terseksa sebelum disembelih. Ini menyumbang kepada penghasilan daging sintetik yang berasaskan sayur seperti Impossible.

Phuture Food, sebuah syarikat dari Malaysia telah berjaya menghasilkan daging khinzir sintetik berasaskan sayuran. Daging sintetik berasaskan sayuran dihasilkan sebagai jawapan kepada masalah pencemaran akibat penternakan pada skala besar dan untuk mereka yang cakna tentang kekejaman terhadap haiwan tetapi masih ingin mengekalkan diet maging mereka.

Daging khinzir sintetik dihasilkan kerana permintaan yang tinggi di pasaran Asia dengan Malaysia adalah pengeluar kelima terbesar daging khinzir di benua ini (dan tempat ke-46 di dunia). Phuture Food akan mula memasarkan daging sintetik mereka di Hong Kong terlebih dahulu sebelum ke Singapura. Selain daging khinzir sintetik, mereka juga menghasilkan daging ayam dan kambing sintetik berasaskan sayuran.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xPG4Hz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.