Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita mengamuk hempuk kepala teman lelaki dengan komputer riba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita mengamuk hempuk kepala teman lelaki dengan komputer riba


MIAMI - Seorang wanita dilaporkan mengamuk dan menghempas sebuah komputer riba di atas kepala teman lelakinya kerana melihat wanita lain.

The Sun melaporkan, wanita tersebut memaki pasangannya ketika berada dalam sebuah pesawat American Airlines yang bersiap sedia untuk berlepas dari Miami menuju ke Los Angeles.

Rakaman kekecohan yang dikongsi seorang penumpang di laman Twitter pada 22 Julai lalu menunjukkan pasangan terbabit bertengkar di tempat duduk mereka apabila wanita itu menuduh teman lelakinya melihat wanita lain.

Wanita itu kemudian menghempas sebuah komputer riba di atas kepala teman lelakinya yang cuba menjarakkan diri ke bahagian depan pesawat selain turut menolak dan menamparnya.

Dua pramugari cuba menenangkan keadaan namun gagal.

Susulan insiden berkenaan, pasangan terbabit diarah turun dari pesawat dan wanita itu dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/40258/GLOBAL/Wanita-mengamuk-hempuk-kepala-teman-lelaki-dengan-komputer-riba

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf.

Suorce : sinarharian.com.my



(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.