Aplikasi 3D Scanner Untuk Samsung Galaxy Note 10+ Kini Boleh Dimuat Turun
Demo melakukan imbasan 3D untuk objek pada Galaxy Note 10+ diperlihatkan ketika majlis pelancarannya awal bulan yang lalu. Dengan pelancaran Note 10 di lebih 70 pasaran di dunia minggu ini, aplikasi 3D Scanner untuk Galaxy Note 10+ kini boleh dimuat turun menerusi Galaxy Store
Fungsi imbasan 3D pada Note 10+ adalah sama seperti yang ditemui pada Sony Xperia XZ3 dan Huawei Mate 30 Pro sebelum ini. Pengguna perlu meletakkan objek di hadapan peranti dan kemudian bergerak 360 darjah untuk melakukan imbasan lengkap. Objek 3D yang dihasilkan boleh disimpan untuk dicetak atau dihantar sebagai gambar kepada pengguna lain. Selain itu objek juga boleh digunakan sebagai objek peranti terimbuh yang mengikut pergerakan pengguna lain di dalam aplikasi kamera.
Untuk memuat turun sila ikut pautan di bawah. 3D Scanner hanya boleh dimuat turun peranti dengan kamera 3D TOF dan oleh itu tidak boleh digunakan pada Note 10.
Muat turun aplikasi 3D Scanner dari Galaxy Store
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment