Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kamera Panasonic Lumix S1H Dilancarkan Untuk Penggemar Videografi Dengan Kemampuan Rakaman 6K - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kamera Panasonic Lumix S1H Dilancarkan Untuk Penggemar Videografi Dengan Kemampuan Rakaman 6K


Di Amanz kami banyak menerbitkan video bagi tontonan anda saban hari. Kami menyedari resolusi 1080P kini dianggap tidak lagi memadai di dalam dunia dipenuhi TV 4K UHD. Tetapi ini memerlukan kami menaiktaraf kelengkapan kamera yang digunakan sekarang. Oleh itu pelancaran kamera Panasonic Lumix S1H hari ini membuatkan kami tertarik. Ia sebuah kamera nircermin dengan sensor bingkai penuh yang direka khusus untuk tujuan videografi.

Panasonic S1H dilengkapi sensor 24.2 Megapixel bingkai penuh yang boleh merakam video pada tetapan maksimum 6K/24FPS dengan nisbah 3;2. Rakaman HDR juga boleh dilakukan bersama dengan video 108oP 120FPS . Terdapat sistem penstabilan dalam tubuh (IBS) lima paksi dan sokongan penstabilan optikal dua paksi pada lensa. Kerana ia kamera bingkai penuh, ia menyokong lensa L-Mount keluaran Panasonic, Sigma dan Leica.

Keseluruhan tubuh diperbuat dari aloi magnesium untuk mengurangkan berat. Sistem penyejukan aktif dengan kipas disertakan bagi membolehkan rakaman video berterusan dilakukan tanpa risau terhenti kerana kepanasan. Keseluruhan kamera juga mempunyai kemampuan kalis percikan air.

Bagi memudahkan lagi proses rakaman, sebuah skrin LCD sesentuh pada bahagian belakang boleh dijungkit ke atas atau keluar dengan bebas. Di Amerika Syarikat Panasonic Lumix SH1 dijual pada bulan September pada harga bermula $4000 (~RM16,700) tanpa lensa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.