Hi! Welcome Back and Stay Tune! Northrop Grumman Dan Raytheon Akan Membina Senjata Laser Untuk Kereta Perisai Stryker - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Northrop Grumman Dan Raytheon Akan Membina Senjata Laser Untuk Kereta Perisai Stryker


Penggunaan senjata laser oleh tentera tidak lagi menjadi fantasi sejak 2014 dengan pembangunan sistem HEL MD. Kesemua cabang tentera Amerika Syarikat kini mempunyai senjata laser mereka sendiri yang dibangunkan sebagai sistem pertahanan menangkis serangan peluru berpandu, mortar dan dron. Terkini Northrop Grumman dan Raytheon dianugerahkan kontrak membangunkan senjata laser untuk kereta perisai Stryker.

HEL-MD

HEL-MD

Kedua-dua syarikat perlu membangunkan prototaip senjata laser dengan kuasa 50 kW yang boleh mengakis serangan dron, helikopter, mortar, roket, dan artileri menjelang 2022. Sekiranya program Multi-Mission High Energy Laser (MMHEL) ini berjalan lancar, ia akan menjadi batu loncatan untuk membina sistem High Energy Laser-Indirect Fire Protection Capability (HEL-IFPC)  dengan kuasa sehingga 300 kW menjelang 2024.

Kesemua prototaip sistem senjata laser yang telah dibangunkan seperti ATHENA, HEL MD dan HELLADS mempunyai saiz yang besar. Tetapi dengan kemajuan teknologi, ia diharap akan cukup kecil untuk menjadi senjata yang boleh dipasang pada sistem senjata semasa tanpa memerlukan modifikasi yang besar.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.