Hi! Welcome Back and Stay Tune! Virgin Galactic Memperlihatkan Rekaan Lapangan Angkasa Gateway to Space - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Virgin Galactic Memperlihatkan Rekaan Lapangan Angkasa Gateway to Space


Virgin Galactic adalah antara syarikat terawal mengumumkan perkhidmatan pelancongan ke angkasa lepas kepada orang awam. Pakej mula ditawarkan sejak penghujung 2017 tetapi misi sebenar ditangguhkan beberapa kali selepas kapal angkasa SpaceShip Two terhempas ketika melakukan ujian penerbangan. Pihak Virgin Galactic kini buat pertama kali memperlihatkan rekaan lapangan angkasa mereka pada hujung minggu lalu,

Lapangan angkasa Gateway to Space terletak di New Mexico Amerika Syarikat ini direka oleh firma Fosters+Partners. Ia bukan sahaja akan menjadi tempat kapal terbang pengangkut WhiteKnightTwo melakukan penerbangan, malah menjadi tempat penumpang menanti untuk memasuki kapal angkasa SpaceShip Two dan pusat kawalan misi Virgin Galactic.

Setakat ini lebih 600 individu telah menempah tiket untuk terbang ke angkasa lepas menggunakan perkhidmatan Virgin Galactic. Harga setiap tiket dua hala ialah $230,000 (~RM 958,000). Harga yang ditawarkan agak mahal bagi perjalanan selama hampir tiga jam ke ketinggian sub-orbital yang membolehkan penumpang menikmati keadaan graviti sifar selama beberapa minit sahaja sebelum pulang semula ke bumi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.