Xiaomi Mempatenkan Selendang Pintar Swa-Laras Yang Boleh Memanas
Xiaomi sudah pun popular dengan pelbagai variasi telefon pintar, peranti boleh pakai dan pelbagai peranti berhubung. Tetapi nampaknya bagi Xiaomi itu tidak cukup, kerana mereka ingin sertai arena pakaian pintar pula.
Xiaomi dilaporkan telah mempatenkan untuk selendang pintar. Selendang ini boleh menghasilkan haba untuk memanaskan pengguna pada musim sejuk. Kemudian yang paling menarik, selendang ini adalah selendang swa-laras. Ia boleh diketatkan secara automatik tanpa pengguna perlu laras dengan sendiri.
Selendang yang Xiaomi ingin hasilkan ini adalah untuk pengguna yang tinggal di musim sejuk. Pengguna kebiasaannya mengetatkan selendang jika berasa sejuk dan melonggarkannya jika berasa panas. Menggunakan konsep yang sama, Xiaomi menggunakan sensor yang boleh mengesan haba dan jika suhu panas ia akan longgar secara automatik dan jika sejuk ia akan ketat secara automatik.
Melalui gambar yang daripada paten, ia boleh ditambat pada peranti. Jadi mungkin akan turut mempunyai kawalan manual untuk mengawal suhu dan laras.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment