Apple Akan Menyiarkan Pelancaran iPhone Baru Pada 11 September Ini Melalui YouTube
Apple telah pun sedia menjadualkan acara pengumuman iPhone 11 baru pada 11 September ini. Menariknya, kini dalam usaha memudahkan lebih ramai menontonnya, Apple turut akan menyiarkan pelancaran berkenaan melalui YouTube.
Hal ini agak berbeza dengan apa yang dilakukan Apple sebelum-sebelum ini. Dulu, ia hanya ditawarkan siaran melalui peranti iOS atau Mac sahaja, tetapi kemudian ia diperluaskan untuk menyokong Microsoft Edge di Windows 10, selain melalui Twitter.
Kini, dengan penawaran melalui YouTube, ia sekaligus akan membolehkan semua menontonnya tanpa masalah – sekaligus mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaru daripada Apple ini.
Mengikut waktu tempatan, siaran ini akan berlaku pada pukul 1 pagi, 11 September 2019.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment