Apple Memfailkan Pendaftaran Tanda Dagang Untuk “Slofie”
Apple pada acara iPhone minggu lepas, telah memperlihatkan ciri rakaman video swafoto gerak-perlahan, yang mana mereka menamakannya sebagai “Slofie”. Ia dijangka bakal menjadi salah satu ciri yang dicuba ramai apabila mendapatkan iPhone baru kelak.
Kini, selari dengannya, Apple turut telah memfailkan pendaftaran tanda dagang untuk “Slofie”.
Daripada apa yang dilihat, ia akan digunakan sebagai perkataan untuk pemasaran, selain pada masa yang sama mengelak daripada pengeluar peranti lain menggunakan nama yang sama dalam mempromosikan penawaran mereka.
Buat masa ini, Apple hanya memfailkan pendaftaran sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada mereka akan dianugerahkan dengan tanda dagang berkenaan atau sebaliknya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment