Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mate X Dijangka Akan Mula Dijual Seawal Bulan Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mate X Dijangka Akan Mula Dijual Seawal Bulan Hadapan


Samsung telah pun mula menawarkan Galaxy Fold mereka kepada umum bermula minggu lepas, dan kini pihak Huawei turut dilihat dalam perancangan memasarkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat mereka.

Huawei Mate X

Bercakap selepas acara IFA 2019, pihak Huawei dilihat mengatakan Huawei Mate X akan dijual seawal bulan hadapan.

Versi akhir kelak mungkin membawakan sedikit perubahan pada spesifikasi – malah Richard Yu turut mengatakan terdapat kemungkinan ia menyertakan cip Kirin 990 bersama-sama dengannya kelak.

Telefon dengan skrin boleh-lipat dijangka membawakan perubahan kepada arena peranti mudah-alih, selain menawarkan beberapa kaedah interaksi dan penggunaan peranti mudah-alih yang baru.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualannya kelak. Tetapi, memandangkan ia menawarkan teknologi serba baru, tidak mustahil untuk kita melihat harganya agak tinggi berbanding peranti lain di pasaran.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.