Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo ThinkBook 14 Dan 15 Turut Menerima Kemas Kini Cip Intel Core Generasi Ke-10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo ThinkBook 14 Dan 15 Turut Menerima Kemas Kini Cip Intel Core Generasi Ke-10


Menerusi komputer riba keluarga ThinkBook, Lenovo cuba menghasilkan peranti perantara untuk kegunaan generasi muda profesional yang mungkin merasakan ThinkPad mempunyai rekaan yang kurang menarik. Di IFA, dua model Lenovo ThinkBook 14 dan 15 dikemaskini dengan pengguna pemproses terkini Intel Core generasi ke-10.

 Saiz skrin yang ditawarkan ialah 14″ atau 15.6″ dengan resolusi FHD. Pemproses adalah sehingga Intel Core i7 generasi ke-10, memori sehingga 24GB, memori sehingga 2TB HDD atau 1TB M.2 PCIe SSD dan bateri sehingga 57Wh yang memberikan tempoh penggunaan sehingga 12 jam. Terdapat pelbagai pilihan I/O seperti USB-C, USB-A, pembaca kad 4 dalam 1 dan HDMI. Dengan cip Intel Core generasi ke-10, pengguna turut boleh menyambung kepada rangkaian WiFi 6 yang lebih pantas.

Papan kekunci adalah dari jenis chicklet U seperti yang ditemui pada ThinkPad cuma dengan pergerakan menegak yang lebih cetek. Bagi memudahkan proses menaip di waktu malam kesemua kekunci dilengkapi sistem lampu.

Seperti model yang ditawarkan sebelum ini, terdapat pengimbas cap jari terbina pada  butang kuasa, sokongan audio Dolby Audio dan penghadang kamera web ThinkShutter. Harga jualan kedua-dua model bermula dari €665 (~RM3076) sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.